Harian Metro

MORENO IKAT SELECCAO

- Reuters

 Gol waktu kecederaan paksa Portugal kongsi mata

Kazan, Russia

Portugal dua kali mensia-siakan kelebihan mendahului Mexico pada aksi sulung Piala Konfederas­i semalam namun keputusan seri 2-2 bukan sesuatu yang perlu dirisaukan, menurut kapten Cristiano Ronaldo.

Hector Moreno menjaringk­an gol pada masa kecederaan untuk mengutip satu mata buat Mexico lima minit selepas Cedric meletakkan Portugal di depan.

“Ia bukan keputusan yang kami inginkan,” kata Ronaldo.

“Tidak perlu mencetus rasa panik, pasukan ini cukup baik. Pada kedudukan 2-1 keputusan itu sudah cukup baik tapi itulah bola sepak. Mereka menjaringk­an gol pada minit terakhir dan kini kami perlu memikirkan perlawanan berikutnya. “Kami kekal yakin terhadap diri sendiri, kami sedar peluang hebat menanti. Masih ada baki dua perlawanan dan itulah sebabnya kami tenang. Kini kami perlu memikirkan perlawanan berikutnya yang perlu dimenangi. Jika kami menang, kami hanya selangkah untuk ke peringkat seterusnya.”

Portugal akan berdepan tuan rumah Russia di Moscow malam esok manakala Mexico menentang New Zealand di Sochi. Russia mendahului Kumpulan A selepas menewaskan All Whites 2-0 kelmarin.

Pemain Terbaik Tahunan FIFA yang menjaringk­an 11 gol dalam tujuh perlawanan sebelum aksi semalam, mungkin tidak sebaik sebelumnya tetapi masih dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan.

Penyerang Real Madrid yang masa depannya di kelab itu menjadi sasaran spekulasi media selepas dituduh pendakwara­ya Sepanyol kerana melakukan penipuan cukai yang dinafikan Ronaldo sendiri, membantu gol awal Portugal.

Hantaranny­a mengucar-ngacirkan pertahanan Mexico dan memberikan Ricardo Quaresma peluang keemasan membuka jaringan.

Portugal mengekalka­n rekod tanpa kalah ke atas Mexico dan mengumpul dua kemenangan dan dua kekalahan dalam empat perlawanan sejak pertemuan sulung mereka pada 1969.

“Kami menentang pasukan yang bagus dan mempunyai kekuatan teknikal,” kata jurulatih Portugal Fernando Santos.

“Pada mulanya kami tidak mampu mengawal bola tapi apabila kami berjaya menanganin­ya, kami sangka mampu memenangi perlawanan ini tapi keputusan ini dianggap adil kerana Mexico juga bermain dengan baik.”

 ??  ?? MORENO (dua dari kanan) jaring gol kedua Mexico.
MORENO (dua dari kanan) jaring gol kedua Mexico.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia