Harian Metro

Perlu lebih masa faham sistem VAR

-

Moscow: Jurulatih Chile, Juan Antonio Pizzi percaya lebih banyak masa diperlukan untuk memahami teknologi baru selepas pasukannya merasai kesan positif dan negatif sistem Video Pembantu Pengadil (VAR) yang diuji pada Piala Konfederas­i di Russia.

Sewaktu menewaskan Cameroon 2-0 pada aksi pertama mereka di Stadium Spartak awal pagi semalam, ‘gol’ Chile dibatalkan pada masa kecederaan babak pertama menerusi keputusan kontrovers­i yang mana VAR memutuskan Eduardo Vargas berada dalam kedudukan ofsaid ketika menjaringk­an gol. Namun satu lagi rujukan oleh pengadil pada akhir perlawanan menyaksika­n Vargas berada dalam senarai penjaring apabila menjaringk­an gol sekali lagi.

Pada mulanya percubaann­ya dikira ofsaid namun gol itu kemudianny­a dikira selepas dikaji semula.

“Saya fikir sistem ini perlukan masa. Apa yang kami fahami, kami terlalu mengikut sistem ini dan mungkin timbul keraguan kerana kami sudah biasa dengan situasi lain dalam bola sepak,” kata Pizzi.

“Saya fikir kami perlu tunggu dan lihat, mungkin selepas sudah biasa dengannya, keadaan akan menjadi lebih baik,” katanya pada sidang media selepas perlawanan pembukaan Kumpulan B.

“Gol yang dibatalkan pada akhir babak pertama mencetuska­n tekanan kepada pemain kerana mereka tidak biasa dengan situasi itu. Namun sebaliknya, teknologi itu pada akhirnya akan memberikan keadilan dalam perlawanan.

“Satu impak negatif mengenai insiden dengan VAR hari ini adalah sukar buat pemain memberi tumpuan dalam permainan dan biarpun keputusan itu tepat ia memberi kesan terhadap semangat mereka.”

Arturo Vidal melakukan protes kepada pegawai perlawanan selepas pemain keluar ketika rehat namun kemudianny­a berkata, tindakan itu berpunca daripada keputusan itu.

“Ini kali pertama kami bermain dengan teknologi baru dan memang benar anda memberi tumpuan ketika berada di padang, jadi apabila ia tidak menyebelah­i kami ia sukar untuk difahami.” - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia