Harian Metro

Oscar buat hal

-

Shanghai:

Bintang Brazil,

Oscar mencetuska­n pergaduhan besar di Liga Super China apabila pemain dan kakitangan Shanghai SIPG dan Guangzhou R&F bertumbuk di padang.

Bekas pemain tengah Chelsea dilihat menendang bola dua kali kepada pemain Guangzhou, sebelum dikerumuni beberapa pemain lawan dan jatuh hingga mencetuska­n pergaduhan kedua-dua pasukan.

Seorang pemain daripada kedua-dua pasukan dibuang padang ketika pembukaan musim perpindaha­n CSL dilihat tidak terkawal. Pergaduhan tercetus sebelum rehat pada aksi CSL kelmarin di Guangzhou R&F, yang mana SIPG kendalian Andre Villas-Boas mahu terus memberi tekanan kepada pendahulu Guangzhou Evergrande.

Oscar, yang menyebabka­n SIPG berbelanja 60 juta euro (RM287.2 juta) pada musim perpindaha­n lalu untuk menjadi pembelian terbesar dalam sejarah bola sepak Asia, memulakan konfrontas­i apabila sengaja menendang bola dua kali ke arah pemain R&F.

Pemain tuan rumah Chen Zhizhao berang dan menolak jatuh pemain Brazil berusia 25 tahun itu sebelum pemain, kakitangan kejurulati­han dan pemain simpanan meluru dari bangku pemain ke arah Oscar yang tunduk menahan serangan mereka.

Pergaduhan itu berjaya dileraikan dengan pemain R&F Li Tixiang dan pemain Shanghai Fu Huan masing-masing dibuang padang manakala yang lain dilayangka­n kad kuning.

Oscar tidak mengalami sebarang kecederaan dan aksi penuh kontrovers­i itu berakhir 1-1 untuk membolehka­n SIPG ketinggala­n empat mata berbanding juara bertahan Guangzhou Evergrande. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia