Harian Metro

Terengganu tagih khidmat Sharbinee

- Malik Muhamad sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Terengganu tiada pilihan kecuali terpaksa menunggu lagi untuk menggunaka­n khidmat penjaga gol utamanya Sharbinee Allawee Ramli walaupun kelibatnya masih tidak kelihatan dalam kem latihan skuad itu.

Namun, Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) tetap menaruh harapan tinggi terhadap bekas penjaga gol skuad kebangsaan itu supaya kembali semula menyarung jersi skuad itu dalam baki saingan liga dan Piala Malaysia musim ini.

Timbalan Presiden 1 PBSNT, Datuk Wan Nawawi Wan Ismail berkata, setakat ini pemain berusia 30 tahun itu sentiasa dipantau dan masih dalam rawatan susulan di Hospital Universiti

Sains Malaysia (HUSM), namun keadaan kesihatan penjaga gol itu stabil.

“Kami memang harapkan pemain itu kembali memperkuat­kan pasukan, namun hasil laporan perubatan menunjukka­n peluang Sharbinee untuk menyarung jersi skuad Penyu musim ini 50-50.

“Hal ini kerana pemain itu memerlukan rehat yang secukupnya untuk kembali beraksi, tapi keadaannya sekarang tidak menunjukka­n perkembang­an yang baik cuma stabil dan mungkin tidak boleh beraksi untuk tempoh dua bulan lagi.

“Tapi, jangan risau kerana Sharbinee masih lagi berada dalam senarai skuad Terengganu biarpun seorang lagi penjaga gol baru disenaraik­an dalam pasukan,” katanya selepas majlis memperkena­lkan pemain baru Terengganu dan berbuka puasa di Kuala Terengganu malam kelmarin.

Februari lalu, Sharbinee yang beraksi cemerlang dalam perlawanan pembuka tirai dan aksi kedua liga terpaksa dirujuk ke HUSM Kubang Kerian, Kelantan selepas mengalami masalah paru-paru dan hingga kini pemain itu masih belum menjalani latihan.

Sharbinee yang memulakan karier bersama Terengganu sejak 2006 hingga 2012 sebelum menyarung jersi Selangor setahun kemudian pernah membantu skuad negara muncul juara Piala AFF 2010.

 ??  ?? SHARBINEE
SHARBINEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia