Harian Metro

Cerewet demi kualiti

-

apabila dapat menjalani penggambar­an ketika musim bunga dengan persekitar­an yang cantik dan nyaman.

“Saya tiada masalah untuk mengeluark­an kos tinggi asalkan dapat mengekalka­n kualiti setiap produk Darkwave Pictures.

“Bagi saya, apabila setiap naskhah itu diterjemah­kan dengan baik, ia memberikan satu kepuasan kepada diri sendiri. Menerusi drama ini saya cuba menyuntik pelbagai elemen menarik sehingga ia kelihatan seperti sebuah filem.

“Saya pilih Istanbul kerana kami tidak pernah menjejakka­n ke sana sebelum ini. Jadi kami ambil peluang ini untuk merakamkan setiap tempat indah yang terdapat di bandar raya itu,” katanya.

Menurut Rafiena, dia mengakui seorang yang tegas apabila bekerja sehingga kadang-kadang tidak ramai individu yang dapat membaca tahap jangkaan yang diinginkan.

“Saya selalu letak diri saya sebagai seorang penonton. Saya tidak mahu drama terbitan saya mendapat malu apabila dikatakan syok sendiri.

“Jadi tidak salah rasanya untuk saya bersikap cerewet terhadap setiap produk yang dihasilkan sebelum ia bersiaran.

“Saya akan pastikan setiap watak yang dilakonkan disampaika­n dengan berkesan. Saya juga akan mengingatk­an setiap pelakon untuk memahami dan membaca karakter masing-masing sebelum memulakan penggambar­an.

“Lagipun, penonton sekarang sudah bijak menilai mutu lakonan seseorang

pelakon itu. Jadi sudah tentu saya mahu mencipta watak yang terbaik untuk mereka,” katanya yang bersyukur apabila semua pelakon utamanya memberikan komitmen yang sehabis baik dan berusaha keras untuk drama ini.

Selain kehadiran pelakon sinetron dikenali dari Indonesia, Guntur Triyoga, drama Mr Delicious turut dijayakan Reen Rahim, Kilafairy dan Ieda Moin.

Reen seronok di Istanbul

Reen Rahim sangat teruja apabila dimaklumka­n sebahagian daripada penggambar­an drama Mr Delicious dijalankan di Istanbul.

“Sebelum ini, saya cuba mencari ruang untuk bercuti ke sana tetapi disebabkan jadual kerja sangat padat membuatkan peluang tidak ada,” katanya.

Sepanjang sembilan hari berada di Istanbul yang terletak di antara benua Eropah dan Asia itu, Reen berkata, dia mengambil setiap peluang untuk merakamkan detik indahnya di sana.

“Waktu penggambar­an mengambil masa lapan hari. Memang jadual kerja sepanjang berada di sana sangat padat tetapi kebanyakan lokasi penggambar­an dilakukan di tempat tumpuan di sekitar Istanbul, jadi sekurang-kurangnya sambil bekerja saya dapat menikmati keindahan Istanbul,” katanya yang turut berpeluang mengunjung­i Masjid Biru.

Menyentuh mengenai keserasian dengan barisan pelakon, Reen yang membawa watak

Fina berkata, dia tiada masalah untuk bekerja dengan pelakon senior, Ieda Moin yang banyak memberikan­nya tunjuk ajar.

Menurut Reen, keserasian datang dengan sendiri dan segala kerja menjadi mudah kerana pelakon dapat bekerjasam­a untuk merancang setiap babak dan watak masing-masing.

Drama ini mengisahka­n tiga sekawan iaitu Fina, Zara dan Zita yang berkawan baik sejak di bangku sekolah.

“Setiap watak mempunyai karakter berbeza di mana saya sebagai Fina dilihat sebagai yang serius dan agak dingin dengan lelaki, Zara pula gadis ‘bimbo’ dan gedik, Zita pula garang, tegas tetapi kaki latah.

“Kami juga dari kecil mengenali Aiman. Apabila dewasa, kami jatuh cinta dengannya. Disebabkan itu, banyaklah peristiwa lucu dan sedih berlaku membabitka­n persahabat­an kami.

“Apabila kami ditempatka­n di Istanbul, karakter menjadi bertambah hidup kerana kami sering mengingati antara satu sama lain.

“Malah, kami sesama sendiri selalunya akan memanggil dengan nama watak dan memberi respons untuk kekal dengan karakter masing-masing,” katanya.

Bagi saya, apabila setiap naskhah itu diterjemah­kan dengan baik, ia memberikan satu kepuasan kepada diri sendiri

 ??  ?? DARI kanan Reen, Ieda
Moin dan Kilafairy sebagai tiga sekawan
dalam Mr Delicious.
DARI kanan Reen, Ieda Moin dan Kilafairy sebagai tiga sekawan dalam Mr Delicious.
 ??  ?? RAFIENA (tengah) bersama barisan pelakon utama.
RAFIENA (tengah) bersama barisan pelakon utama.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA babak menarik dalam drama ini.
ANTARA babak menarik dalam drama ini.
 ??  ??
 ??  ?? GUNTUR memegang karakter sebagai Aiman.
GUNTUR memegang karakter sebagai Aiman.
 ??  ?? MR Delicious menjalani penggambar­an selama sembilan hari di Istanbul.
MR Delicious menjalani penggambar­an selama sembilan hari di Istanbul.
 ??  ?? REEN pertama kali menjejakka­n kaki ke Istanbul.
REEN pertama kali menjejakka­n kaki ke Istanbul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia