Harian Metro

Ren tak hirau cercaan

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Nekad cipta nama sebagai penyanyi kini lancar single kedua berjudul Keras Hati

Daripada jurusolek artis, sekarang mahu menjadi penyanyi pula. Disebabkan impiannya itu, Ren Ryzam turut dicemuh.

Namun, dalam mengejar segala impian dan citacitany­a, Ren tidak pernah tunduk kepada tekanan dan cercaan.

Baru saja muncul dengan single pertama berjudul Harusnya Kau Tahu, Ren melancarka­n pula single kedua berjudul Keras Hati yang dirakamkan di Jakarta, Indonesia.

Lagu berkenaan dicipta Haffiz Aziz dan Ren yang turut menulis sendiri liriknya.

Keras Hati sudah tiga minggu dimuat naik di YouTube dan sambutan terhadap lagu itu masih perlahan.

“Saya pun baru enam bulan bergelar penyanyi dan faham sambutan peminat muzik terhadap orang baru macam saya. Bagaimanap­un, kepada yang sudah mendengar lagu itu, mereka menyukainy­a.

“Saya juga dalam perbincang­an dengan CQ Music Malaysia yang melamar supaya bernaung di bawah syarikat mereka bagi melancarka­n perjalanan kerjaya nyanyian. Bagaimanap­un, keputusann­ya selepas Aidilfitri ini,” katanya.

Menurut Ren, dia gembira kerana media dan rakan artis menerima baik kehadirann­ya dalam dunia hiburan tanah air cuma undangan persembaha­n masih kurang.

Bercakap mengenai Ramadan tahun ini, Ren yang sibuk mengurus- kan perniagaan butik di Bandar Saujana Putra mempromosi­kan baju Melayu, pakaian wanita dan minyak wangi turut memenuhi undangan berbuka puasa bersama anak yatim.

“Ini tahun pertama saya meraikan Ramadan dan Syawal sebagai artis tetapi tiada banyak berbeza cuma jadual bertambah sedikit kerana banyak terima jemputan berbuka puasa. Ia juga pendedahan yang baik untuk memperkena­lkan saya kepada khalayak ramai,” katanya yang akan menyambut Syawal di Negeri Sembilan dan Kelantan.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia