Harian Metro

Nigel kegilaan rakyat Thailand

- Georgie Joseph georgie@hmetro.com.my

Ditawar berlakon sejurus memenangi tempat kedua Mr National Universe 2017

Menduduki tempat kedua dalam pertanding­an Mr National Universe 2017 di Hua Hin, Thailand baru-baru ini, Nigelvan Andrew yang mewakili Malaysia dalam pertanding­an berkenaan masih terasa seperti bermimpi dengan kejayaan itu.

Menurut anak jati Penampang, Sabah berusia 21 tahun ini, keputusann­ya menyertai pertanding­an itu benar-benar berbaloi.

Penyertaan­nya bukan saja disokong rakyat Malaysia, tetapi dia turut menjadi kegilaan rakyat Thailand ketika bertanding di sana.

Lebih istimewa, Nigelvan yang mesra disapa Nigel tidak perlu menunggu lama untuk bakatnya diyakini dan terus mendapat tawaran berlakon di negara gajah putih itu sejurus pertanding­an tamat.

“Tidak sangka liputan yang saya dapat sepanjang bertanding di sana sangat-sangat luar biasa. Di samping pengalaman baru, saya juga mendapat ramai kenalan dari Thailand selain peserta lain yang bertanding.

“Tawaran berlakon yang diperoleh di sana juga benar-benar di luar jangkaan. Saya tidak akan mensia-siakan peluang keemasan itu,” katanya.

Bukan itu saja, penuntut Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sains dan Kajian Polisi di Universiti Teknologi MARA (UiTM),

Kota Samarahan, Sarawak ini tidak menyesal apabila terpaksa mengorbank­an hal penting demi pertanding­an itu.

Menurutnya, memenangi tempat kedua pada Bachelor of Malaysia (BOM) 2017 dan seterusnya mewakili Malaysia menjadikan semangatny­a lebih membara.

Bukan sekadar mengejar kemenangan tetapi untuk menjadikan dirinya sebagai inspirasi kepada orang ramai.

“Sewaktu mengambil keputusan untuk bertanding, saya sudah tetapkan dalam diri bahawa perlu berikan usaha sepenuh hati. Saya percaya dengan pengalaman ini bakal membuka perspektif baru dalam hidup.

“Perjuangan itu bukan untuk diri sendiri saja tetapi kepada semua yang menyokong sejak awal. Selepas memegang gelaran Mr National Universe Malaysia 2017, ramai yang menjadikan saya inspirasi mereka.

“Saya galas harapan itu sebagai wakil kepada sesiapa saja yang mengimpika­n untuk berada di tempat saya serta sebagai penyokong. Saya juga sangat bertuah kerana mendapat bimbingan daripada Pengarah Kebangsaan, Haikal Ezrie yang banyak membantu dari segi persiapan,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai pengalaman dalam pertanding­an itu, Nigel berkata, dia bersyukur kerana ia banyak mengajarny­a mengenai kehidupan.

“Dikeliling­i rakan peserta yang datang dari pelbagai negara membuatkan saya terbuka mata dengan setiap cerita mereka.

“Tidak dinafikan, keyakinan diri juga semakin tinggi terutama apabila berada di pentas,” katanya.

AKADEMIK MASIH KEUTAMAAN

Bagi menyertai pertanding­an itu, Nigel terpaksa mengorbank­an satu semester dalam pengajiann­ya tetapi dia tidak terfikir langsung untuk berhenti.

Menurutnya, sejak dulu pelajaran sangat penting buatnya sebagai kunci kejayaan dalam kehidupan.

“Saya mahu memberi fokus terbaik untuk pertanding­an itu. Bagaimanap­un, September nanti saya akan masuk kuliah semula. Menamatkan pengajian adalah penting buat saya supaya memperoleh kerjaya terbaik pada masa depan,” katanya.

Selain tawaran berlakon, Nigel turut dirisik sebuah agensi model di Filipina yang memberi peluang kepadanya untuk mencuba nasib di negara itu.

Walaupun tawaran lebih banyak datang dari luar negara berbanding di sini, jejaka ini tidak terasa hati pun.

“Tak sangka pelbagai tawaran datang selepas saya dikenali dalam pertanding­an itu. Tawaran peragaan di Filipina itu memang sangat menarik memandangk­an saya pun minat dalam bidang itu.

“Buat masa ini, saya serahkan sepenuhnya susunan jadual tawaran itu kepada Haikal untuk menguruska­nnya. Apapun, saya sangat teruja kerana pihak di luar negara mengesan potensi saya,” katanya.

 ?? FOTO PAKAIAN ??
FOTO PAKAIAN
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia