Harian Metro

Beyonce sah lahirkan kembar

- Susunan Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Desas-desus mengatakan ratu pop Beyonce selamat melahirkan anak kembar disahkan bapanya, Mathew Knowles di laman sosial Twitter, kelmarin.

Portal TMZ melaporkan Beyonce dan suaminya, penyanyi Jay Z menyambut kelahiran bayi lelaki dan perempuan mereka di sebuah hospital di Los Angeles, Amerika Syarikat, kelmarin.

Bagaimanap­un, penyanyi berusia 35 tahun itu dan anak kembarnya dilaporkan belum dibenarkan keluar dari hospital untuk pemantauan lanjut doktor.

Khabar angin penyanyi Lemonade itu sudah melahirkan anak timbul selepas Jay Z tidak muncul pada Anugerah Songwriter­s Hall of Fame yang berlangsun­g di New York, Khamis lalu.

Namun, sehingga kini pasangan selebriti terbabit belum membuat kenyataan rasmi mengenai kelahiran anak mereka dan setakat ini, hanya bapa Beyonce yang berkongsi berita baik itu.

Pasangan ini sememangny­a terkenal dengan sikap mereka yang menjaga privasi dan kelahiran cahaya mata perempuan, Blue Ivy Carter pada 2012 mencetuska­n sensasi media.

Ketika itu, pihak Hospital Lenox Hill, New York dikatakan menutup sebahagian daripada wad bersalin bagi keselesaan pasangan itu menyambut anak sulung mereka.

Hanya selepas beberapa bulan kemudian barulah bekas anggota kumpulan Destiny’s Child itu dan suaminya mengumumka­n kelahiran Blue Ivy.

Malah, mereka memilih untuk berkongsi gambar Blue Ivy di laman sosial Tumblr dan bukannya kepada pihak yang sanggup membelinya pada harga tertinggi.

Selepas berpisah dengan Destiny’s Child pada 2006, album Beyonce sudah terjual lebih 100 juta unit sebagai penyanyi solo.

Konsert jelajah memperkena­lkan album Lemonade di beberapa negara mencapai kejayaan besar, sekali gus meletakkan Beyonce sebagai penghibur kedua mendapat bayaran tertinggi iaitu mencecah RM448 juta.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia