Harian Metro

Ramai tak tahu boleh makan

-

Katanya, rumpai laut yang bertekstur lembut, kenyal dan rangup itu tidak hanya baik untuk kecantikan tapi antara hidupan laut yang boleh dimakan dan mempunyai kebaikan kepada kesihatan antaranya masalah penghadama­n dan kencing tak lawas.

“Cetusan idea ini datang daripada Ketua Pengarah Jabatan Perikanan yang juga hasrat jabatan untuk mempromosi­kan dan mempelbaga­ikan produk berasaskan rumpai laut.

“Jika di Sabah dan Sarawak rumpai laut adalah makanan popular, kita cuba bawa ke Semenanjun­g dengan produk yang mudah untuk masyarakat di sini terima,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Hari Terbuka Armada sempena sambutan Hari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke83 di Tambatan Pangkalan TLDM, Lumut, Perak, barubaru ini.

Katanya, rumpai laut mempunyai dua spesies utama di Malaysia iaitu kappaphycu­s SP dan eucheuma cottonii sementara produk akan diklafisik­asikan mengikut gred sebelum dipasarkan mengikut harga serta cara pengendali­an yang berbeza.

“Selepas dibersihka­n rumpai laut akan menjalani proses pengeringa­n semula jadi dengan cahaya matahari dan melalui proses itu ia dikelaskan mengikut gred seperti gred satu berwarna putih dengan tempoh pengembang­an hanya dua jam sdan memerlukan dua kali bilas.

“Bagi gred dua yang berwarna perang ia mengambil masa enam jam untuk mengembang dengan proses bilas sebanyak empat kali. Ketiga memerlukan banyak penukaran air dan proses bilas sekurangku­rangnya enam kali,” katanya.

Menurutnya yang juga penyelaras inovasi produk, sebelum ini ramai yang beranggapa­n rumpai laut hanyir dan ada segelintir tidak tahu produk itu sesuai dimasak juadah.

“Ada juga ingat rumpai laut hanya untuk kosmetik tapi sebenarnya ia juga boleh dimakan tanpa ada kesan sampingan dan ia sesuai dijadikan kerabu serta air minuman.

Menurut Mohd Ridzuan, pihaknya mula menternak rumpai laut di Langkawi, Kedah dan mempromosi­kan produk berasaskan hidupan laut itu sejak tahun 2015.

Hingga kini sambutan yang diterima sangat menggalakk­an.

“Sabah pengeluar terbesar rumpai laut dan anak benih dari sana dibawa ke Langkawi untuk diternak sebagai proses percubaan.

Ini antara usaha untuk menambah pengeluara­n dan kawasan pengeluar,” katanya. -Noor Hidayah Tanzizi

 ??  ?? MOHD Ridzuan menunjukka­n dua jenis rumpai laut yang sudah siap dikeringka­n.
MOHD Ridzuan menunjukka­n dua jenis rumpai laut yang sudah siap dikeringka­n.
 ??  ?? ANGGOTA TLDM dan orang awam mencuba air rumpai laut.
ANGGOTA TLDM dan orang awam mencuba air rumpai laut.
 ??  ?? AIR yang dihasilkan
daripada rumpai laut.
AIR yang dihasilkan daripada rumpai laut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia