Harian Metro

Sasar jualan produk dalam tin

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Bantu sedia juadah dalam masa singkat

Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) memberi tumpuan bagi persediaan juadah berbuka puasa sempena Ramadan membabitka­n rangkaian produk jenama Peladang yang menepati selera anda.

Penolong Pengurus Bahagian Pemasaran NAFAS Azhar As’ad berkata, jenama Peladang menyasarka­n jualan bagi produk berasaskan tin jenama peladang dan pes serba guna yang pastinya memudahkan penyediaan berbuka dengan mudah dan pantas.

“Pelbagai jenis perencah makanan bagi menambah keenakan juadah makanan seperti pes segera paprik, sambal, lemak cili api, sup berempah, tomyam, rendang, percik dan makanan dalam tin yang pastinya dapat menyediaka­n juadah dalam tempoh singkat.

“Contohnya, hidangan berbuka puasa dan juga sesuai untuk bersahur iaitu sandwic ikan keli, spageti ala Peladang yang hanya mengambil masa kurang daripada 15 minit untuk penyediaan­nya,” katanya yang ditemui di Ibu Pejabat NAFAS di Kota Damansara, Selangor, baru-baru ini.

Katanya, variasi makanan dalam tin, antaranya kari ayam, kari daging, kari ikan keli dan sambal ikan keli pastinya sesuai bagi mereka yang kesuntukan masa untuk menyediaka­n juadah lazat bagi berbuka puasa.

“Ia kerana produk ini boleh dimakan begitu saja. Untuk menambah selera hidangan, ia boleh dipanaskan terlebih dulu.

“Produk makanan rangkaian Peladang pastinya ringkas dan memudahkan isi rumah yang bekerja serta cita rasa Melayu semestinya menaikkan selera Ramadan ini,” katanya.

Azhar berkata, kini terdapat hampir 200 produk jenama Peladang yang berada di pasaran tempatan.

“NAFAS diberi hak tunggal untuk Cap

Dagangan Jenama

Peladang oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan bertanggun­gjawab sepenuhnya ke atas penggunaan jenama berkenaan.

“Tumpuan kepada pengukuhan kualiti dan pembungkus­an sangat penting supaya semua produk boleh dipasarkan dan selamat dimakan.

“Selain itu, setiap produk yang dikeluarka­n dan dipasarkan di bawah jenama Peladang dijamin dari segi kebersihan dan halal selaras slogan Jenama Yang Diyakini,” katanya.

Menurutnya, objektifny­a adalah bagi mewujudkan rangkaian pemasaran bagi produk keluaran Pertubuhan Peladang (PP) dan menetapkan standard produk dibawah satu jenama yang sama.

“Produk jenama

Peladang kini memasuki pasaran hipermarke­t Mydin dan pasar raya seperti Binwaharps, Agrobazaar Rakyat dan kedai di bawah PP.“Kami kini giat memasuki pasaran di Sarawak dan Sabah serta turut menjadi satu jenama yang dicari penduduk negeri berkenaan.

“Tahun ini, NAFAS menyasarka­n pasaran pasar raya besar lain seperti Giant, Hero, Aeon dan pasaran francais seperti D-Mart serta koperasi di dalam negara,” katanya.

Azhar berkata, jenama Peladang tahun ini akan menambah bilangan produk dengan menumpukan kepada produk dan barangan keperluan harian seperti tepung, produk berasaskan mi dan minyak masak.

“Produk di bawah jenama Peladang antara yang mematuhi standard piawaian, akreditasi dan pensijilan berdasarka­n standard dikehendak­i,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN produk keluaran jenama Peladang oleh NAFAS. Produk makanan rangkaian Peladang pastinya ringkas dan memudahkan
isi rumah yang bekerja
serta cita rasa Melayu semestinya menaikkan
selera Ramadan ini
SEBAHAGIAN produk keluaran jenama Peladang oleh NAFAS. Produk makanan rangkaian Peladang pastinya ringkas dan memudahkan isi rumah yang bekerja serta cita rasa Melayu semestinya menaikkan selera Ramadan ini
 ??  ?? PRODUK segera dan pes.
PRODUK segera dan pes.
 ??  ?? AZHAR menunjukka­n produk jenama
Peladang.
AZHAR menunjukka­n produk jenama Peladang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia