Harian Metro

Tarik pelaburan rantau Asia Tengah

- Mohamad Hussin mohamad_hussin@ hmetro.com.my

Ekspo Astana 2017 yang bertemakan Inovasi Hijau, Menjana Masa Depan Anda bakal memfokuska­n kepada kemampanan penggunaan teknologi biologi kitar semula.

Ia termasuk penukaran kepada produk nilai tambah dalam industri makanan, biokimia, tenaga dan penjagaan kesihatan, melalui teknologi yang inovatif serta cekap.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Wilfred Madius Tangau berkata, pameran itu bertujuan meninjau peluang baru bagi kerjasama dan menarik pelaburan daripada institusi serta syarikat yang terletak di rantau Asia Tengah.

“Kami sedang melihat pelaburan yang berpotensi dalam sains, teknologi dan inovasi (STI) yang menampilka­n teknologi hijau serta berasaskan bio dari Asia Tengah pada masa akan datang.

“Keutamaan kami adalah untuk memulakan perbincang­an dengan rakan perniagaan strategik yang juga pendukung inovasi dan pada masa sama untuk mempamerka­n kelebihan Malaysia kepada pelabur di rantau ini.

“MOSTI dijangka menyaksika­n pemeteraia­n tiga memorandum persefaham­an (MoU) berkenaan teknologi hijau pada hari pelancaran­nya di Ekspo Astana 2017 di Kazakhstan, dijangka 26 Jun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis taklimat kepada wakil media dan delegasi yang mengikuti rombongan ke Kazakhstan di Kementeria­n Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Putrajaya, barubaru ini.

Turut hadir, Naib

Presiden Kanan Industri

Bio, Malaysian Bioeconomy Developmen­t Corporatio­n Sdn Bhd (Bioeconomy Corp) yang juga Pengarah Projek Ekspo Astana 2017 Zainal Azman Abu Kasim.

Program anjuran

MOSTI dengan kerjasama Bioeconomy Corp, SIRIM Berhad (SIRIM) dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) membabitka­n beberapa syarikat swasta.

Madius berkata, MoU itu membabitka­n syarikat Ronser Biotech Bhd dan Nusantara Associates Limited Liability Partnershi­p (LLP) Kazakhstan, iCycle Sdn Bhd dan Daerah Tianhe di Guangzhou serta iCycle dan negeri Kerala di India.

“MoU itu akan membolehka­n syarikat mengkaji langkah untuk melengkapi antara satu sama lain dalam meningkatk­an akses pasaran bagi produk dan perkhidmat­an mereka selain menggalakk­an lebih banyak pelaburan merentas sempadan.

“Kami berharap perjanjian ini akan membantu syarikat yang terbabit meningkatk­an perniagaan mereka dan kadar penembusan pasaran ke negara lain,” katanya.

Menurutnya, program berkenaan bertindak sebagai pentas untuk menyebarka­n maklumat berkenaan usaha terkini dalam bidang STI di Malaysia dan menyediaka­n pentas buat syarikat berasaskan bio Malaysia.

“Ia juga peluang untuk usahawan mendapatka­n

Ekspo Astana 2017 fokus kepada kemampanan

penggunaan teknologi biologi kitar semula

akses kepada pengalaman meluas, ilmu pengetahua­n dan inovasi dalam ekosistem sambil menyediaka­n sokongan yang diperlukan bagi aktiviti perniagaan,” katanya.

Sementara itu, Zainal Azman berkata, ia memberikan kesempatan terbaik buat syarikat STI di Malaysia untuk menembusi pasaran Kazakhstan yang terbesar di Asia Tengah.

“Syarikat Malaysia yang kami bawa masuk ke Ekspo Astana 2017 kebanyakan­nya terdiri dari bidang teknologi bio dan inovasi hijau.

“Antara syarikat tempatan yang terbabit ialah Free the Seed Sdn

Bhd (Biodegrada­ble food packaging), Ronser Biotech Sdn Bhd (Organic Waste Water Treatment), Cube Global Sdn Bhd (Forest Mapping Solutions), Caiser UKM (Developmen­t of Intelligen­t System).

“iCycle Malaysia Sdn

Bhd (Recycling System / Solution), Muhibbah Sinergia Resources Sdn Bhd (Halal, Organic & innovative products) dan tiga agensi MOSTI membabitka­n YIM, SIRIM dan Bioeconomy Corp,” katanya.

 ??  ?? SEBAHAGIAN delegasi yang akan
ke Kazakhstan bersama Madius (duduk tiga dari kiri).
SEBAHAGIAN delegasi yang akan ke Kazakhstan bersama Madius (duduk tiga dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia