Harian Metro

Manfaat laman aktiviti pertanian

-

naga, 250 bunga ros, pokok ubi besar selain menternak ayam serama, burung merpati dan budgie.

“Kami mengusahak­an tanaman dan ternakan ini bukan untuk meraih keuntungan cuma sebagai kepuasan diri selain ia berkesan sebagai terapi yang memberi ketenangan minda selepas seharian menghabisk­an masa di pejabat,” katanya.

Menurutnya, dia berasa seronok apabila melihat tanaman yang diusahakan mengeluark­an hasil, ternakan membiak dan bunga ros yang ditanam menghasilk­an bunga yang cantik.

“Memandangk­an ahli keluarga saya sangat menggemari buah naga membuatkan saya dan isteri turut menanamnya walaupun proses penjagaann­ya agak cerewet berbanding tanaman lain.

“Saya bercadang untuk memperluas­kan kegiatan pertanian yang dijalankan di kawasan rumah dan bergiat secara lebih serius apabila bersara kelak,” katanya.

Beliau berkata, walaupun latar belakang pendidikan ialah jurusan perubatan tetapi minat yang mendalam terhadap bidang pertanian membuatkan­nya sentiasa mempelajar­i dan menambah ilmu dalam bidang ini.

Sementara itu, Salamah berkata, beliau memberi perhatian kepada taman bunganya yang mempunyai 200 pengenalan spesies (ID) termasuk agusta louise, china doll, jaya, mini eden, kordes jubilee dan red baccara.

“Selain membelinya daripada rakan-rakan, ada sebahagian bunga ros yang ditanam itu diperolehi melalui sistem pertukaran anak benih dengan kenalan dari seluruh dunia termasuk New Zealand.

“Seronok apabila berada dalam komuniti bunga ros kerana berpeluang berkenalan dengan peminat bunga itu dari seluruh dunia menggunaka­n media sosial sebagai medan komunikasi antara kami,” katanya.

Menurutnya, bunga itu menjadi hiasan utama di kawasan rumah dan biasanya rakan yang berkunjung ke rumah akan menghabisk­an masa di mini taman bunganya itu.

“Sebahagian daripada mereka ingin membeli bunga ros yang ditanam itu tetapi saya tidak menjualnya. Namun jika mereka bernasib baik saya akan menghadiah­kan anak pokok yang diminati itu,” katanya.

 ??  ?? SALAMAH memetik bunga ros yang rosak.
SALAMAH memetik bunga ros yang rosak.
 ??  ?? DR Mohd Jusoh memcantas pokok bunga ros.
DR Mohd Jusoh memcantas pokok bunga ros.
 ??  ?? DR Mohd menunjukka­n anak burung merpati baka import.
DR Mohd menunjukka­n anak burung merpati baka import.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia