Harian Metro

PEMANDANGA­N IBARAT LUKISAN

-

Kanada disifatkan negara menarik dengan

keunikan topografi di setiap kawasan berbeza

luar negara dimanfaatk­an dengan mendalami budaya di sana selain menghayati keindahan dan keunikan negara berkenaan.

Anak bongsu daripada lima beradik ini berkata, lokasi paling menarik yang pernah dikunjungi adalah Banff National Park, di kawasan Alberta.

“Saya lawati tempat ini Mei lalu bersama rakan dan ia masih meninggalk­an kenangan indah kerana memiliki pemandanga­n gununggana­ng dan tasik yang cantik serta menenangka­n.

“Lebih menarik, kami turut berpeluang melihat binatang liar seperti beruang, kambing gurun dan musang ketika dalam perjalanan.

“Selain itu, saya kerap berkunjung ke pelabuhan di Halifax pada musim peperiksaa­n atau semasa tekanan sepanjang pembelajar­an kerana ia menenangka­n fikiran selain membantu menjana pemikiran positif,” katanya yang bakal menamatkan pengajian pada Jun 2019.

Muhammad Syazwan berpendapa­t, Kanada sebuah negara yang menarik, dengan keunikan topografi di setiap kawasan berbeza.

“Pada sebelah barat, negara ini dipenuhi gunung, glasier dan tasik manakala di sebelah timur ia dikeliling­i lautan. Bahagian utara pula dipenuhi ais kutub,” katanya.

Muhammad Syazwan turut aktif di universiti dengan menggalas jawatan Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pelajar Malaysia Dalhousie University.

“Pertubuhan ini berperanan mempromosi­kan budaya Malaysia dan antara program diatur adalah malam kebudayaan dengan menampilka­n persembaha­n seperti zapin dan wayang kulit,” katanya.

Anak muda yang berasal dari Cheras, Selangor ini berkata, dia juga sering beriadah seperti meluncur salji dan mendaki gunung.

“Saya kerap meluncur salji bagi memastikan badan mengeluark­an peluh untuk kekal sihat sepanjang musim sejuk kerana cuaca di sini sejuk kering dan pernah mencecah serendah -27 darjah Celsius.

“Aktiviti ini menjadi kegemaran kerana saya suka keterujaan dan adrenalina yang dirasai ketika meluncur laju selain ia pengalaman berharga kerana tidak dapat dilakukan di Malaysia.

“Selain itu, saya juga gemar mendaki kerana dapat mengibarka­n Jalur Gemilang di puncak bukit dan gunung di sini adalah satu kebanggaan dan pada masa sama berpeluang menyaksika­n pemandanga­n indah dari puncak,” katanya.

“Di kesempatan ini juga saya mengucapka­n Selamat Aidilfitri kepada semua umat Islam di seluruh dunia,” katanya.

 ??  ?? 1.
2.
3.
4. MUHAMMAD Syazwan bergambar kenangan di hadapan universiti.
MUHAMMAD Syazwan (dua dari kiri) bersama rakan ketika berkunjung ke Peyto Lake, Banff National Park.
MELAKUKAN aktiviti kegemaran iaitu meluncur salji bersama rakan.
BANGGA...
1. 2. 3. 4. MUHAMMAD Syazwan bergambar kenangan di hadapan universiti. MUHAMMAD Syazwan (dua dari kiri) bersama rakan ketika berkunjung ke Peyto Lake, Banff National Park. MELAKUKAN aktiviti kegemaran iaitu meluncur salji bersama rakan. BANGGA...
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia