Harian Metro

LEBARAN TANPA INSAN TERC

-

Afiqah Balqis dan adik reda, cekal sambut Aidilfitri sebagai yatim piatu

Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, ayahnya meninggal dunia pada Februari 2012 akibat masalah jantung, kencing manis dan darah tinggi manakala ibunya pergi setahun kemudian berikutan komplikasi buah pinggang.

Kini, dia dan adiknya, Afiqah Maisarah , 13, berada di bawah pengurusan Rumah Bakti AlKausar di Bandar Baru Bangi manakala adik-beradik lain tinggal bersama keluarga terdekat.

“Saya dibesarkan nenek sehingga berumur enam tahun sebelum tinggal bersama arwah ibu dan ayah namun tidak lama kerana dihantar ke Rumah Bakti Al- Kausar lima tahun kemudian.

“Jadi, saya hanya sempat bermanja dengan ibu dan ayah selama empat tahun saja ketika tinggal bersama sebelum mereka meninggal dunia.

“Hanya Tuhan yang tahu perasaan saya ketika itu malah memang sukar menerima kenyataan kerana terlalu sedih tetapi terpaksa melawan perasaan untuk meneruskan hidup lebihlebih lagi apabila memikirkan adik yang masih kecil ketika itu,” katanya.

Afiqah berkata, walaupun tidak lagi berpeluang makan semeja dengan ibu dan ayah, dia bersyukur kerana masih ditemani penjaga serta rakan penghuni yang sudah dianggap seperti keluarga sendiri.

Malah, Afiqah rasa cukup bertuah kerana golongan anak yatim sepertinya mendapat perhatian ramai pihak lebih-lebih lagi sepanjang Ramadan ini.

“Terharu apabila ada yang mengundang kami untuk menghadiri majlis berbuka puasa namun ia tidak bermakna kami suka dimanjakan sebaliknya saya dan rakan lain lebih suka berdikari dan belajar menguruska­n diri sendiri.

“Kalau boleh, saya tidak mahu jadi orang yang suka memintamin­ta tetapi berusaha keras jika mahu mendapatka­n sesuatu.

“Cuma status sebagai anak yatim piatu menjadikan ramai yang bersimpati tetapi bukan semua kerana ada juga peristiwa membuatkan saya berkecil hati apabila dipandang sinis oleh seseorang ketika menerima sumbangan daripada dermawan

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia