Harian Metro

Program Eco-Ranger didik pengurusan sampah

-

Apa usaha kita dalam mengurangk­an penghasila­n sampah yang saban tahun kian bertambah? Sudahkah anda memulakan langkah mengitar semula setiap barang yang hendak dibuang? Jika belum, belajarlah untuk melakukann­ya walaupun sesetengah orang menganggap­nya sebagai satu perkara yang ‘leceh’.

Barangan terpakai seperti beg dan botol plastik, tin, barangan kaca dan kertas sudah lama dikritik serta dilihat boleh memberi kesan negatif kepada alam. Malangnya kesedaran masyarakat mengenai beban sampah kepada alam masih rendah. Buktinya, berdasarka­n laporan Kementeria­n Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, rakyat Malaysia menghasilk­an 38,000 tan sampah pepejal setiap hari pada 2015 berbanding 33,000 tan sehari pada 2012.

Dalam usaha melestarik­an alam, ExxonMobil Chemical Malaysia Sdn Bhd berganding bahu dengan Persatuan Pengeluar Plastik Malaysia (MPMA) menjayakan program Eco-Ranger, satu inisiatif pendidikan dan kesedaran untuk pelajar mengenai pengurusan sampah yang berkesan.

Langkah ini juga sejajar dengan sasaran kerajaan untuk meningkatk­an kadar kitar semula penduduk negara ini daripada 17.5 peratus pada 2016 kepada 22 peratus menjelang

2020. Malah pada 2015, inisiatif Pengasinga­n Sisa Pepejal di Punca (SAS) sudah dimulakan di tujuh negeri iaitu di Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dan Putrajaya, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah dan Perlis untuk menggalakk­an kitar semula serta mengurangk­an kos pengurusan sampah.

Melalui inisiatif di tujuh negeri itu, sehingga Oktober tahun lalu kos operasi pengurusan tapak pelupusan sampah dapat dijimatkan sehingga RM7 juta dan ini menunjukka­n masyarakat boleh menyumbang ke arah penguranga­n pembuangan sampah dengan mengitar semula, kata Pengarah Eksekutif MPMA ST Giam.

“Tahun ini program Eco-Ranger dijalankan dengan kerjasama E

Ijau dan ExxonMobil untuk meningkatk­an kesedaran dan kefahaman masyarakat bahawa kehadiran sampah seperti plastik yang mencemarka­n alam adalah disebabkan sikap dan kurang pengetahua­n menguruska­nnya,” katanya.

Menurut Pengurus Besar Hal Ehwal Umum dan Kerajaan Anak Syarikat ExxonMobil di Malaysia, Sukiman Mohamed, dengan memperkena­lkan program Eco-Ranger ini ke sekolah, ia diharap dapat mendidik pelajar mengenai prinsip pengurusan sampah yang penting supaya ia boleh disebarkan kepada rakan dan ahli keluarga

Seramai 360 pelajar sekolah rendah dan menengah dari enam sekolah di Lembah Klang menyertai program ini yang diadakan di SMK Damansara Damai. Dalam program ini mereka diajar kaedah pengurusan sampah asas iaitu daripada pengumpula­n, pengangkut­an, pemprosesa­n dan pengitaran semula.

Mereka juga didedahkan dengan kaedah anaerobik dan kompos, menghasilk­an kraf menggunaka­n bahan terbuang untuk dijadikan pelbagai barangan seperti bunga, bata plastik dan alat menyimpan keperluan penulisan.

Lebih menarik, setiap sekolah diberikan ‘sudut kitar semula’ yang mengandung­i tiga tong kitar semula untuk menyemarak­kan lagi program berkenaan.

 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada pelajar yang menyertai program Eco-Ranger.
SEBAHAGIAN daripada pelajar yang menyertai program Eco-Ranger.
 ??  ?? PELAJAR cuba menghasilk­an sabun menggunaka­n minyak terpakai.
PELAJAR cuba menghasilk­an sabun menggunaka­n minyak terpakai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia