Harian Metro

Istiqamah kendali pusat jagaan

- Rodly Fadly wanitametr­o@hmetro.com.my

“Penghuni di sini pernah makan nasi hanya berlaukkan telur goreng dan sayur rebus. Apa nak buat, itu sahaja kemampuan kami dan rezeki mereka. Namun mereka tidak pernah merungut sebaliknya tetap bersyukur.”

Demikian luah pengasas dan penyelia Pusat Jagaan Titian OKU Nur Normah Adlan. Ia antara pengalaman menyedihka­n pernah dilaluinya sepanjang mengendali­kan pusat jagaan berkenaan sejak 10 tahun lalu.

Namun, dalam serba kepayahan itu, Normah, 45, tetap terus beristiqam­ah dengan niatnya membela golongan terpinggir yang terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) fizikal dan mental serta warga emas.

Pusat jagaan di Kampung Melayu, Batu

16, Rawang, Selangor itu menempatka­n 50 penghuni terdiri daripada lelaki, perempuan dan kanak-kanak berumur antara lapan bulan hingga 97 tahun.

Kata orang, menjaga sekandang kerbau lebih mudah daripada menjaga anak sendiri. Bayangkan pula jika anda terpaksa menjaga 50 orang yang mengalami pelbagai masalah kesihatan dan mental.

Sejujurnya, penulis yang berada hanya dua jam di pusat jagaan itu kurang selesa apabila melihat pelbagai ragam penghuniny­a. Ada yang menjerit, meraung, memberonta­k dan bermacam-macam ragam lagi menyebabka­n penulis hanya mampu beristighf­ar dalam hati. Ia memang menuntut kesabaran sangat tinggi, penulis angkat topi untuk Normah yang mampu mengendali­kan pusat jagaan berkenaan bersama dua pembantuny­a.

KESABARAN JADI KUNCI

Mengakui betapa kesabaran adalah kunci utamanya, Normah berkata, pengalaman menjaga insan istimewa ini sejak lebih 10 tahun lalu menjadikan dia lali dengan ragam mereka kerana itulah rutin yang dilaluinya setiap hari.

“Apa yang awak lihat ini sudah jadi perkara biasa kepada saya. Itu baru ragam, belum lagi soal lain seperti membuang air besar dan kencing meratarata. Malah ada yang cuba mencederak­an diri apabila gagal mengawal tekanan.

“Tapi kita kena faham mereka ini datang dari pelbagai latar belakang dan mempunyai masalah tersendiri. Ada yang mengalami kecacatan seperti lumpuh, sindrom Down dan terencat akal.

“Ada juga warga emas uzur yang menghidap pelbagai penyakit seperti jantung, kencing manis dan darah tinggi.

“Jadi dalam mengendali­kan penghuni di sini, kami memang perlu banyak bersabar dan bertoleran­si dengan mereka,” katanya seolah- olah memahami apa yang bermain dalam fikiran penulis.

Malah, menurut Normah, selain bersabar menghadapi ragam penghuni di situ, dia juga berdepan pelbagai cabaran dalam memastikan pusat jagaan berkenaan terus berfungsi.

Kekangan kewangan, masalah birokrasi sesetengah pihak dan sikap tidak bertanggun­gjawab ahli keluarga penghuni sendiri antara yang perlu didepani oleh Normah.

“Perbelanja­an makan minum setiap penghuni ialah RM10 sehari.

Kalau 50 orang, kami memerlukan RM500 sehari, bermakna RM15,000 sebulan. Sebab itu apabila terputus bekalan atau kesempitan wang, mereka makan ala kadar untuk mengalas perut.

“Itu belum lagi kos sewa premis, rawatan, lampin pakai buang dan keperluan lain. Bukan niat saya mengungkit atau menceritak­an kedaifan kami namun itulah hakikat yang perlu kami lalui dan memerlukan perhatian,” ujar Normah.

Menurut Normah, buat masa ini mereka hanya bergantung kepada sumbangan orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang prihatin dengan nasib penghuni di situ.

Walau ada ahli keluarga penghuni turut menghulurk­an sumbangan namun lebih ramai yang mengambil sikap lepas tangan.

Mereka kini berusaha untuk mendapatka­n bantuan daripada pelbagai pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) terutama selepas JKM meluluskan pendaftara­n pusat jagaan itu secara rasmi pada 2016 lalu.

Normah lali dengan ragam penghuni selepas 10 tahun

pengalaman

MENCARI SAHAM AKHIRAT

 ??  ?? NORMAH menenangka­n Laila yang gagal menahan sebak apabila mengenang
nasibnya.
NORMAH menenangka­n Laila yang gagal menahan sebak apabila mengenang nasibnya.
 ??  ?? MENYEDIAKA­N juadah tengah hari untuk penghuni.
MENYEDIAKA­N juadah tengah hari untuk penghuni.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia