Harian Metro

Ceriakan anak istimewa

Pusat beli-belah ambil peluang kongsi kegembiraa­n musim perayaan

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Ramadan bulan keberkatan. Ia juga bulan amalan untuk semua pihak menggandak­an kebaikan. Setiap kali Ramadan, anak yatim dan mereka yang kurang bernasib baik sentiasa mendapat perhatian. Kekurangan yang mereka hadapi terubat apabila banyak pihak sudi menceriaka­n hari, lebih-lebih lagi menjelang Aidilfitri dengan bersedekah dan berkongsi apa yang ada.

Tahun ini, pusat beli-belah eCurve sekali lagi mengambil peluang meraikan anak istimewa. Seramai 24 tetamu muda dari Pertubuhan Kebajikan Anak-Anak Yatim/

Miskin Klang (PEYAKIN) disambut mesra oleh barisan pengurusan eCurve. Kegembiraa­n jelas terpancar pada wajah kanak-kanak apabila diberitahu mengenai aktiviti yang dirancang khas untuk mereka.

Usai berkenalan, mereka dibawa ke hentian pertama iaitu Ampang Superbowl untuk bermain boling bersama. Selepas menentukan pasukan masing-masing, mereka bersedia memulakan pertanding­an.

Kedengaran sorakan dan kata-kata semangat apabila seorang demi seorang pemain beraksi dengan jatuhan pin. Malah, pertanding­an kian sengit apabila mereka mula berpadu semangat dan bersaing untuk merebut kemenangan bagi pasukan.

Tamat permainan, semua tetamu dibawa ke Centre Atrium eCurve yang dihias indah dengan konsep bazar raya. Kilauan lampu candelier yang direka khas menyinari segenap ruang, menghidupk­an suasana bazar berkenaan sehinggaka­n kanak-kanak PEYAKIN begitu seronok bergambar.

Suasana Centre Atrium bertambah meriah dengan penampilan istimewa kumpulan acapella,

Colour of Voices, yang mencuri perhatian penonton menerusi vokal harmoni. Lagu raya dan pop kontempora­ri didendangk­an tanpa sebarang peralatan muzik.

Pengurus Kompleks eCurve, Azizul Hisham Ahmad berkata, Aidilfitri adalah sambutan perayaan terbesar di Malaysia.

Ketika kaum keluarga dan sahabat handai berkumpul meraikan hari istimewa ini, masih ada yang tidak mampu merasai nikmat lebaran apalagi menjamah hidangan enak.

“Oleh itu, kami amat berbesar hati kerana dapat meraikan kegembiraa­n musim perayaan ini bersama kumpulan belia PEYAKIN. Kami seronok menerima lawatan mereka dan berharap usaha ini dapat memberikan makna yang mendalam sempena sambutan hari raya kelak.

“Pada penghujung program, kami kejutkan tetamu cilik dengan sumbangan beg hadiah dan duit raya. Kemudian, mereka dibawa ke The Manhattan Fish Market untuk menikmati hidangan berbuka puasa,” katanya.

Jelas Azizul, bermula 26 Mei sehingga 27

Jun ini, pengunjung berpeluang merasai keseronoka­n sambutan hari raya menerusi penganjura­n kempen hari raya eCurve yang bertemakan Raya Acapella Special with Colour of Voices.

Persembaha­n

Colour of Voices dapat disaksikan pada jam 3.30 dan 6 petang pada setiap hujung minggu dan cuti umum, sepanjang tempoh kempen.

Selain itu, terdapat juga persembaha­n tarian yang menggabung­kan gerak tari Melayu dan Timur Tengah, pada setiap hujung minggu, jam 4 petang.

 ??  ?? AZIZUL memberi duit dan beg raya untuk
tetamu cilik.
AZIZUL memberi duit dan beg raya untuk tetamu cilik.
 ??  ?? KUMPULAN Pengurusan The eCurve bergambar bersama anak PEYAKIN dan anggota Colour of Voices.
KUMPULAN Pengurusan The eCurve bergambar bersama anak PEYAKIN dan anggota Colour of Voices.
 ??  ?? COLOUR of Voices menghiburk­an pengunjung.
COLOUR of Voices menghiburk­an pengunjung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia