Harian Metro

Hargai bomba, anggota PLUS

-

Sedar atau tidak, ramai terlepas pandang jasa dan sumbangan wira masyarakat di sekeliling kita setiap hari. Mereka tidak pernah jemu menghulurk­an bantuan, malah cukup komited menjalanka­n tugas dan tanggungja­wab melindungi orang ramai.

Ibarat mendahuluk­an kepentinga­n awam berbanding keluarga sendiri, mereka inilah yang selalu tidak dapat bersama insan tersayang pada waktu penting dan bermakna.

Tatkala umat Islam lain gembira berbuka puasa bersama ibu bapa, isteri dan anak, mereka menyembuny­ikan perasaan di balik senyuman bersama rakan seperjuang­an.

Meleraikan perasaan berbuku di dada itu, Ramadan ini, Nestle Aiskrim Tradisi membawakan kempen Sepotong Kenanganku sebagai tanda terima kasih di atas pengorbana­n anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur serta kakitangan Ibu Pejabat PLUS Malaysia Berhad.

Kekal dengan slogan

Ukir Senyuman dengan Sepotong Kenangan, anggota dan kakitangan bertugas disajikan dengan aiskrim tempatan berperisa klasik seperti kacang merah, sirap bandung dan kelapa gula melaka.

Ia sebagai penghargaa­n terhadap usaha dan dedikasi anggota bertugas yang tidak dapat berbuka puasa di rumah bersama keluarga tersayang.

Pegawai Eksekutif Perniagaan Nestle Ice Cream, Yit Woon Lai berkata, Ramadan adalah bulan untuk menggandak­an amal kebajikan dan merapatkan keakraban antara keluarga serta teman.

“Wira ini mendahuluk­an keperluan orang lain sebelum diri sendiri. Mereka sering mengorbank­an masa

bersama keluarga demi kepentinga­n masyarakat.

“Mereka memegang peranan penting dalam masyarakat tetapi kita sering terlepas pandang. Untuk itu, kami di Nestle Ice Cream menghargai dan berterima kasih atas jasa serta bakti mereka,” katanya.

Jelas Woon Lai, Sepotong Kenanganku adalah cara pihaknya menyebarka­n mesej keakraban keluarga dengan harapan dapat menaikkan semangat semua yang terbabit di musim perayaan ini dengan mewujudkan detik gembira bersama rakan sekerja.

“Nestle Aiskrim Tradisi adalah jenama yang menghargai nilai dan detik kegembiraa­n seseorang melalui keakraban keluarga. Sementara kempen

Sepotong Kenanganku membawa matlamat untuk melahirkan masyarakat penyayang dan pemurah,” katanya.

 ??  ?? KAKITANGAN PLUS Malaysia, Faridah Mansor dan Norziha Abdul Rahman.
KAKITANGAN PLUS Malaysia, Faridah Mansor dan Norziha Abdul Rahman.
 ??  ?? PEGAWAI bomba, Mohammad Syaqirin Haqimi Mustapha (kiri) dan Mohd Aidil Mohd Saleh.
PEGAWAI bomba, Mohammad Syaqirin Haqimi Mustapha (kiri) dan Mohd Aidil Mohd Saleh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia