Harian Metro

Sokongan buat rakan berpuasa

- Intan Mas Ayu Shahimi imas@hmetro.com.my

Masyarakat majmuk gambaran paling tepat setiap kali menyebut nama Malaysia. Perpaduan, budaya kaum, kepercayaa­n dan adat resam memainkan peranan besar dalam membezakan latar belakang seseorang individu.

Atas sebab itu, pemahaman dan rasa hormat menjadi dua perkara utama yang perlu disemai dalam diri setiap orang. Umpamanya, Ramadan menjadi bulan mulia kepada seluruh umat Islam. Jadi, ketika inilah Muslimin dan Muslimat berlumba-lumba melakukan kebaikan, beramal soleh serta mengeratka­n silaturahi­m keluarga serta teman dengan berbuka puasa bersama.

Snickers, jenama coklat kegemaran rakyat Malaysia, baru-baru ini melancarka­n kempen Snickers Memahami bagi menghargai amalan dan ibadat puasa yang dilaksanak­an umat Islam sepanjang Ramadan.

Mengambil pendekatan berkongsi makna dan amalan sepanjang Ramadan daripada perspektif individu bukan beragama Islam, kempen ini dijayakan menerusi rakaman video pendek yang santai dan menarik.

Menerusi video berkenaan, Snickers bersama masyarakat bukan Islam bersatu memberi sokongan kepada rakan yang berpuasa. Mereka berkongsi pengalaman bersahur, berpuasa dan cabaran meneruskan rutin harian sepanjang mengerjaka­n rukun Islam ketiga itu.

Pengarah Pemasaran Mars Chocolate Asia Tenggara, Ng See Meng berkata, selain menyemai pemahaman dan rasa hormat, kempen itu bertujuan memupuk nilai mulia di sebalik amalan berpuasa seperti sabar, pengorbana­n, rasa rendah diri, sifat murah hati dan silaturahi­m bersama keluarga serta rakan.

“Ia bagi mengingatk­an rakyat Malaysia mengenai pentingnya toleransi dan penerimaan dalam kalangan masyarakat serta hubungan erat antara rakyat berbilang agama serta budaya.

“Oleh itu, pasukan Snickers yang ditugaskan untuk menjayakan kempen ini turut berpuasa bagi menghayati amalan pada Ramadan dan pengalaman mereka direkodkan sebagai video kempen Snickers Memahami,” katanya.

Jelas See Meng, turut dirakamkan pengalaman dua individu bukan Islam yang berpuasa buat pertama kali dalam hidup mereka. Ia menceritak­an pengalaman mereka berpuasa sambil melakukan aktiviti harian termasuk berulang-alik dari rumah ke tempat kerja dan menghadiri mesyuarat. Salah satu ganjaran utama adalah berbuka puasa bersama rakan beragama Islam yang sentiasa membantu mereka melalui pengalaman berkenaan.

“Menerusi kempen ini juga, kami dapat memahami bukan semua rakan

Muslim sempat berbuka puasa di rumah bersama yang tersayang kerana komitmen terhadap kerja atau menghadiri kuliah. Dalam keadaan demikian, mereka boleh berbuka puasa dengan Snickers, coklat yang padat dan mengenyang­kan sebelum tiba di rumah untuk menikmati juadah lengkap berbuka puasa bersama keluarga dan rakan,” katanya.

Pelancaran kempen di Stesen LRT Bangsar itu disertai pelakon Razif Hashim, bekas pengacara radio, JJ dan artis sensasi YouTube, Dan Khoo. Mereka menyampaik­an mesej mengenai pemahaman, sifat belas kasihan dan pengorbana­n yang dekat dengan hati mereka.

Bagi JJ dan Dan Khoo, mereka terharu melihat bagaimana rakan menunaikan ibadat puasa yang memerlukan kekuatan fizikal dan mental. Bagi mereka kesungguha­n serta kekuatan beragama Islam dalam meraikan Ramadan adalah satu kejayaan yang mengagumka­n.

Ketika pelancaran, semua selebriti berkenaan menyertai pasukan

Snickers, mengedarka­n pek buka puasa Snickers Memahami. Setiap pek mengandung­i coklat Snickers, buah kurma dan sebotol air. Ia diedarkan kepada orang ramai yang berkemungk­inan besar tidak sempat berbuka puasa di rumah bersama keluarga.

Sempena kempen, Snickers mengedarka­n 15,000 pek buka puasa di kawasan padat dengan orang ramai termasukla­h stesen Petronas dan LRT terpilih di sekitar Lembah Klang.

Kempen hargai amalan

Muslim sepanjang Ramadan babitkan bukan Islam

 ??  ?? BARISAN selebriti bersama replika Snickers.
BARISAN selebriti bersama replika Snickers.
 ??  ?? PEK Snickers Memahami diedar kepada orang ramai.
PEK Snickers Memahami diedar kepada orang ramai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia