Harian Metro

Kembara bantu insan memerlukan

-

Sempena Ramadan ini, Persatuan Anak Muda Islam Malaysia (AMIM) dan Gabungan Bikers Islam Malaysia (GBIM) melaksanak­an program kebajikan istimewa, Semai Kasih Berkongsi Bahagia. Program julung kali diadakan itu membabitka­n majlis berbuka puasa di Maahad Tahfiz Ehsaniyyah, Sekincan, Selangor dan bersahur di Madrasah Jannatul Ulum, Batang Kali, Selangor.

Program kerjasama itu diadakan untuk meringanka­n beban dihadapi pelajar di sekolah tahfiz berkenaan di samping mengajak ahli persatuan berkongsi keperluan dengan pihak yang lebih memerlukan.

Sebanyak 30 motosikal berkuasa tinggi menyertai konvoi, diiringi kereta peronda Polis Diraja Malaysia (PDRM). Turut serta dalam konvoi amal ini adalah ahli Anita Bikers Club.

Kembara dimulakan dengan taklimat dan doa sebelum peserta konvoi dilepaskan Timbalan Pengerusi AMIM, Abdul Halim dan Pengarah Teknikal Unit Tindakan Khas Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Ali Salimin di hentian rehat dan rawat (R&R) Sungai Buloh.

Konvoi ini membawa tajaan 50 kampit beras sumbangan Jasmin, 100 balang kuih raya bernilai RM2,500 daripada Pengerusi AMIM, Yusuf Azmi serta kutipan wang tunai yang didermakan oleh ahli dan peserta konvoi, bernilai RM1,000.

Sumbangan kemudian disampaika­n wakil persatuan iaitu Ketua Operasi Biro Ekonomi AMIM, KS Nazri dan Mohd Fauzi (mewakili GBIM).

Yusuf Azmi berkata, dengan pelaksanaa­n program sebegini, sedikit sebanyak dapat memberi inspirasi kepada masyarakat umum mengenai kepentinga­n dan faedah yang boleh diberikan kepada golongan memerlukan.

“Semoga program sebegini lebih banyak dilaksanak­an untuk memberi ruang kepada belia dan anak muda membabitka­n diri dalam aktiviti kebajikan dan amal yang boleh membentuk sahsiah serta peribadi,” katanya.

 ??  ?? SUKARELAWA­N Program Semai Kasih Berkongsi Bahagia.
SUKARELAWA­N Program Semai Kasih Berkongsi Bahagia.
 ??  ?? MELAYAN pelajar tahfiz ketika berbuka puasa.
MELAYAN pelajar tahfiz ketika berbuka puasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia