Harian Metro

Sepakat ganda amalan

- Norlaila Hamima Jamaluddin laila@hmetro.com.my

“Ada macam-macam air...air anggur, tebu, coklat, jagung... semuanya sedap!” kata seorang kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan lima tahun yang duduk di belakang penulis kepada dua rakannya yang turut teruja sambil berdiri meninjau meja sajian berbuka dari jauh.

Sebenarnya keterujaan golongan dewasa lebih besar kala menanti kedatangan tetamu istimewa yang diraikan iaitu 20 ibu tunggal dan 30 anak yatim dalam majlis Iftar Jama’i Persatuan Penduduk Laman Palma, di Jalan Kebun, Shah Alam.

Seronok melihat kerjasama dan kesepakata­n yang ditunjukka­n penduduk di taman perumahan kecil ini. Masing-masing membawa juadah berbuka untuk dinikmati bersama. Dalam setengah jam, lebih 50 jenis hidangan menyelerak­an tersusun di atas meja yang membuatkan kanak-kanak tidak sabar menunggu waktu berbuka.

Menurut Ketua Laman Palma Azman Jusoh, penduduk taman memang teruja untuk menjayakan majlis iftar kali keempat itu. Mana tidaknya, semua menunggu peluang menggandak­an amal pada bulan mulia ini dengan menyumbang­kan beras, minyak masak, gula, tepung, susu krimer manis dan ketupat segera untuk diagihkan kepada ibu tunggal.

“Tujuan asal majlis ini adalah untuk merapatkan ukhuwah antara penduduk yang sibuk bekerja. Kami sepakat supaya majlis ini diberikan pengisian yang lebih bermakna dengan menyampaik­an sumbangan kepada anak yatim. Pada tahun pertama, penerima sumbangan tidak ramai, sekitar 15 orang saja. Ketika itu kami menerima bantuan kewangan dari wakil rakyat dan pihak berkuasa tempatan.

“Tahun ini jumlahnya bertambah kepada 50 orang. Apa yang menarik, sebahagian besar sumbangan ini datang daripada poket penduduk taman sendiri selain derma yang diterima menerusi persatuan

Jariah Jiwa Perhatin, yang dianggotai warga Laman Palma, ahli keluarga dan rakan.

“Selepas majlis pertama, semuanya memberi maklum balas positif dan mahu ia diteruskan. Kami mengambil keputusan mengisi tabung derma iftar ini sendiri mengikut kemampuan masing-masing. Sikit sama dikongsi, banyak sama dibahagi,” katanya.

Setiausaha Laman Palma, Mohd Nasir Saad berkata, mereka bekerjasam­a dengan ahli jawatankua­sa masjid dan persatuan penduduk taman lain bagi mengenal pasti individu yang layak menerima bantuan.

“Bagaimanap­un, oleh kerana hubungan kami di sini erat, usaha mencari itu berjalan lancar. Memang kami sengaja mencari penerima dalam kalangan jiran terdekat supaya samasama merasai keseronoka­n menyambut lebaran. Ia juga cara terbaik mengeratka­n persaudara­an sesama Islam,” jelasnya.

Sememangny­a semangat persaudara­an di Laman Palma yang mempunyai 71 rumah itu jelas terpapar. Sepanjang Ramadan ini, mereka mengadakan aktiviti tadarus al-Quran untuk anak dan ibu selain menggalakk­an pendudukny­a menyemarak­kan aktiviti di Surau Ikhwanul Muslimin yang baru siap.

Di luar Ramadan, mereka mengadakan aktiviti gotongroyo­ng membersihk­an kawasan taman setiap satu atau dua bulan selain bacaan yasin di rumah salah seorang penduduk setiap minggu. Kala bapa dan anak lelaki sibuk mengemas kawasan taman perumahan, ibu dan anak perempuan pula berganding bahu memasak menyediaka­n hidangan tengah hari.

Ketua Muslimat Laman Palma Dewi Masitah Nasir memberitah­u, Syawal tahun ini, mereka akan meneruskan tradisi mengadakan jamuan Aidilfitri secara bergotongr­oyong. Pada majlis ini, setiap rumah akan menyediaka­n juadah istimewa mengikut negeri asal masing-masing yang membuatkan Rumah Terbuka Aidilfitri Laman Palma umpama kenduri meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai.

Majlis iftar itu diserikan dengan kehadiran Ketua Kampung Jalan Kebun Solehan Tahir, Ahli Majlis Bandaraya Shah Alam

Zon 11 Imran Satiman dan Pengerusi Surau Ikhwanul Mulimin Rashid Daud.

Dalam majlis sederhana itu, tentu saja kanak-kanak yang paling gembira. Ada yang menerima hadiah kejutan kerana khatam tadarus, ada pula mendapat sumbangan duit raya selain dapat berbuka beramairam­ai walaupun terpaksa bersila di atas jalan!

 ??  ?? MAJLIS Iftar Jamai kukuhkan ukhuwah penduduk Laman Palma.
MAJLIS Iftar Jamai kukuhkan ukhuwah penduduk Laman Palma.
 ??  ?? KECERIAAN jelas terlihat di wajah penerima sumbangan yang bergambar kenangan.
KECERIAAN jelas terlihat di wajah penerima sumbangan yang bergambar kenangan.
 ??  ?? TETAP gembira dan seronok walaupun berbuka di atas jalan.
TETAP gembira dan seronok walaupun berbuka di atas jalan.
 ??  ?? AZMAN
AZMAN
 ??  ?? MOHD NASIR
MOHD NASIR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia