Harian Metro

Bencana mendapan sampah

- Siti Salmiah A Hamid salmiah@hmetro.com.my

Kejadian banjir di Hulu Langat yang membabitka­n lebih 100 rumah, Sabtu lalu, dipercayai akibat masalah pembuangan sampah ke dalam sungai yang menghalang aliran air.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, masalah itu menyebabka­n sungai semakin cetek berikutan mendapan sampah-sarap.

“Saya mengarahka­n Ketua Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran menjalanka­n kerja pembersiha­n dan proses mendalamka­n Sungai Langat.

“Pada masa ini, projek tebatan banjir dalam pembinaan dan dijangka siap pada 2018, sekali gus menjadi penyelesai­an kepada masalah banjir di Hulu Langat dan sekitarnya,” katanya pada Majlis Pelancaran Sistem e-Tanah di Pejabat Tanah Galian Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, di sini, semalam.

Kejadian banjir besar di Hulu Langat menyebabka­n 440 mangsa membabitka­n 111 keluarga terjejas.

Sehingga jam 3.30 petang semalam, 87 keluarga membabitka­n 358 mangsa masih berada di empat pusat pemindahan sementara.

Mengulas mengenai sistem e-Tanah, Wan Junaidi berkata, projek itu bertujuan membangunk­an sistem pengurusan dan pentadbira­n tanah bersepadu melalui penggunaan komputer sepenuhnya.

“Ia bagi mencapai hasrat kerajaan melaksanak­an kerajaan elektronik dalam perkhidmat­an awam demi menambah baik kualiti penyampaia­n perkhidmat­an kepada rakyat.

“Sasaran utama sistem ini adalah pelanggan yang berurusan dengan Pejabat Tanah dan Galian serta Pejabat Tanah dan Daerah di setiap negeri, sekali gus memudahkan hubungan interaksi antara kerajaan dan rakyat,” katanya.

FAKTA Seramai 440 mangsa membabitka­n 111 keluarga terjejas.

akibat banjir

 ??  ?? JUNAIDI melayari laman sesawang selepas merasmikan e-Tanah @ PPTG WPKL di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutua­n, semalam.
JUNAIDI melayari laman sesawang selepas merasmikan e-Tanah @ PPTG WPKL di Pejabat Tanah dan Galian Wilayah Persekutua­n, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia