Harian Metro

KUNJUNGAN DISAMBUT TANGISAN KESYUKURAN 306 TERIMA SUMBANGAN ‘MAI KITA BUAT LAGI’

- 10,11&12

 TKHM di Masjid Jamek Baru Gopeng melabuh tirainya semalam

Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) sempena Ramadan yang diadakan di Masjid Jamek Baru Gopeng di sini selama dua hari melabuhkan tirainya semalam dengan jumlah penerima sumbangan terbanyak pada tahun ini iaitu seramai 306 penerima.

Semua penerima yang terpilih pada program itu terdiri daripada anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin menerima bantuan barangan keperluan dan duit raya.

Program dua hari itu bermula kelmarin dengan gotong-royong memasak bubur lambuk ‘Pamoga’ sebelum diedarkan kepada orang ramai termasuk pasukan keselamata­n seperti bomba dan polis.

Pada sebelah petang pula, seramai 201 anak yatim dan asnaf dibawa ke Pasaraya Giant di Kampar untuk membeli pakaian serta kelengkapa­n raya sebelum berbuka puasa di Restoran Sinar Iman di sini.

Semalam, program bermula dengan gotong-royong menyembeli­h seekor kerbau dan memasak hidangan berbuka sebelum diteruskan dengan penyampaia­n bantuan ke lima rumah serta majlis penyampaia­n sumbangan di masjid berkenaan sebelum diikuti majlis berbuka.

Pengerusi TKHM, Othman Mamat berkata, seramai 201 anak yatim menerima bantuan keperluan raya, manakala 105 ibu tunggal dan golongan asnaf menerima sumbangan seperti keperluan asas seperti minyak, beras.

“Alhamdulil­lah program selama dua hari ini berjalan dengan lancar. Terima kasih kepada semua khususnya penaja Vida Beauty, UMW Toyota Motor Sdn Bhd, Yusuf Taiyoob Sdn Bhd (Yusuf Taiyoob) dan Adan Laundry,” katanya.

Menurutnya, tidak ketinggala­n Hotel Grand Kampar, Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Multimedia dan Komunikasi negeri Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi dan Ipoh Shell Abration.

Othman berkata, program TKHM mungkin diteruskan

Program seterusnya mungkin akan dijalankan selepas hari raya ini, namun ia bergantung daripada sokongan penaja dan kami akan meneruskan TKHM untuk mendekati penduduk Malaysia”

Othman Mamat

berikutan sambutan memberangs­angkan diterima daripada semua pihak.

“Program seterusnya mungkin akan dijalankan selepas hari raya ini, namun ia bergantung daripada sokongan penaja dan kami akan meneruskan TKHM untuk mendekati komuniti dan penduduk seluruh negara Malaysia,” katanya.

Gopeng: Rombongan Harian Metro diketuai Pengarang Kumpulanny­a Datuk Mustapa Omar dan Pengasas Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali dengan panggilan Dr Vida bertandang ke lima rumah di sekitar Gopeng untuk menyampaik­an bantuan sempena Program Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) di Masjid Jamek Gopeng Baru di sini, semalam, disambut dengan tangisan kesyukuran penerima.

Semua penerima terbabit mengalami masalah kesihatan seperti penyakit urat saraf, strok dan uzur terkejut dengan kunjungan itu dan mula mengalirka­n air mata sebaik melihat barangan keperluan harian seperti beras dan sebagainya dibawa masuk sukarelawa­n.

Raja Maarub Raja Mohd Roslan, 66, antara penerima yang terpilih menerima sumbangan itu tidak henti-henti menangis kerana terharu dengan keprihatin­an Harian Metro serta Dr Vida membantu golongan kurang berkemampu­an.

Menurutnya, kehadiran rombongan TKHM yang turut membawa pelbagai barangan termasuk Kotak Rezeki membuatkan dirinya sebak kerana masih ada orang yang prihatin terhadapny­a.

“Saya tak sangka ramai yang datang untuk menghantar sumbangan dan sebaik lihat mereka perasaan ini secara tiba-tiba saja menjadi sayu dan tidak dapat mengawal air mata yang mengalir secara tiba-tiba,” katanya yang menghidap penyakit urat saraf sejak dua tahun lalu.

Hadir sama, Pengarang Eksekutif (Pengeluara­n/BPI) Harian Metro merangkap Pengerusi TKHM, Othman Mamat dan Setiausaha TKHM Badrila Jamlus.

Sementara itu, Zakiah Rashid, 66, yang terlantar di katil kerana tidak mampu berjalan akibat masalah saraf sedaya upaya cuba berinterak­si dengan rombongan yang hadir.

Walaupun tidak mampu melahirkan kegembiraa­nnya dengan kata-kata, senyuman yang terukir sudah cukup menceritak­an kegembiraa­nnya ketika menerima kunjungan rombongan TKHM.

Suami Zakiah, Yusof Abdullah, 77, berkata, isterinya mula menghidap penyakit berkenaan selepas demam denggi tahun lalu sehingga menyebabka­nnya tidak mampu berjalan.

“Selepas demam denggi, lama kelamaan dia hilang upaya nak jalan dan sekarang terlantar sahaja, kalau nak berjalan kena pimpin itu pun kakinya tak stabil,” katanya lagi.

Yusof yang juga menghidap sakit jantung, batu karang dan pernah mengalami patah tulang pinggul menyatakan rasa syukur selepas menerima kunjungan rombongan TKHM termasuk Vida.

“Kami terharu dengan kehadiran Harian Metro, bukan saja sudi singgah di kediaman kami yang serba kekurangan malah menghulurk­an bantuan kepada kami,” katanya.

 ??  ?? MUSTAPA (kanan) bersama Dr Vida (dua dari kiri) dan Othman menyampaik­an sumbangan hari raya dan Kotak Rezeki kepada penerima program Titipan Kasih Harian Metro di Gopeng.
MUSTAPA (kanan) bersama Dr Vida (dua dari kiri) dan Othman menyampaik­an sumbangan hari raya dan Kotak Rezeki kepada penerima program Titipan Kasih Harian Metro di Gopeng.
 ??  ?? MUSTAPA dan Hasmiza Othman bergambar bersama penerima sumbangan pada program Titipan Kasih Harian Metro di Masjid Jamek Baru Gopeng.
MUSTAPA dan Hasmiza Othman bergambar bersama penerima sumbangan pada program Titipan Kasih Harian Metro di Masjid Jamek Baru Gopeng.
 ??  ?? ANAK-ANAK yatim berbaris menunggu giliran untuk menerima sumbangan.
ANAK-ANAK yatim berbaris menunggu giliran untuk menerima sumbangan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia