Harian Metro

MENANGIS DITUDUH BUNUH NHAVEEN

- Hadzlihady Hassan hadzlihady Hassan @hmetro.com.my

Empat remaja lelaki yang didakwa membunuh rakan mereka hanya mampu menangis teresak-esak ketika dibawa ke kamar Mahkamah Majistret, di sini, semalam.

Mereka yang bakal berhadapan hukuman gantung sampai mati jika didapati bersalah bagaimanap­un ditenangka­n seorang lelaki yang dipercayai ahli keluarga seorang daripada tertuduh.

Terdahulu, semua tertuduh, J Ragesuthen, 18, dan S Gokulan, 18, bersama dua remaja bawah umur berusia 16 serta 17 hanya mengangguk faham sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid.

Bagaimanap­un, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada semua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, mereka bersama-sama menyebabka­n kematian T Nhaveen, 18, berhampira­n Pusat Pembelajar­an Karpal Singh Pulau Pinang, Jalan Kaki Bukit, Gelugor, kira-kira jam 11 hingga 12 tengah malam pada 9 Jun lalu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang dibaca bersama mengikut Seksyen 34, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fatin Hussin manakala semua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mohamad Amin tidak membenarka­n semua tertuduh diikat jamin dan menetapkan 28 September ini sebagai sebutan semula kes.

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen 2, Hakim Irwan Suaibon turut tidak menawarkan sebarang jaminan kepada semua remaja terbabit yang didakwa kerana menyebabka­n kecederaan parah kepada T Previin, 19, di lokasi, masa dan tarikh sama.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 326, Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat jika disabitkan kesalahan.

 ??  ??
 ??  ?? ANGGOTA polis mengiringi empat remaja termasuk dua pelajar di Mahkamah Majistret Georgetown.
ANGGOTA polis mengiringi empat remaja termasuk dua pelajar di Mahkamah Majistret Georgetown.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia