Raya jadi lebih menarik
Selain itu, terdapat aplikasi seperti MyBengkel yang membolehkan carian bengkel dan sebut harga pada harga berpatutan sebelum anda servis kenderaan.
IT@Metro mencadangkan beberapa aplikasi yang sesuai digunakan ketika musim perayaan. Kalau secara tradisionalnya kita bersiap dengan membeli baju raya, jangan dilupakan juga mendapatkan aplikasi seperti berikut:
Pening untuk cari menu raya? Dengan himpunan pelbagai resipi masakan melalui aplikasi Suudu, ia sedikit sebanyak dapat membantu anda memilih menu menarik untuk tetamu nanti.
Suudu adalah aplikasi yang berkaitan dunia pemakanan, sama ada dalam memilih tempat untuk makan, cara memasak, mendapatkan tip dan bahan bacaan bermanfaat serta mendaftar di kelas memasak.
Pada bahagian Resipi Masakan, anda akan diberikan langkah mudah untuk setiap resipi bagi membantu anda dalam penyediaan menu pilihan. Terdapat juga video arahan untuk resipi terpilih.
Melalui aplikasi ini, anda boleh merancang pembelian bahan mentah. Senarai barang bahan mentah yang anda perlu akan disenaraikan seperti kuantiti bawang dan cili.
Bahkan, anda boleh menyimpan dan mempunyai senarai resepi kegemaran anda sendiri. Hanya log masuk dengan alamat e-mel atau menggunakan akses masuk menggunakan akaun Facebook anda.
Selain itu, pengguna turut boleh berkongsi resipi kegemaran menerusi
Beberapa
aplikasi membantu memudahkan
kita beraya
pelbagai platform media sosial bersama rakan.
Suudu boleh dimuat turun daripada platform Play Store dan App Store.
Sering kali kita mendengar masalah tiket habis untuk pulang berhari raya tapi apa kata anda cuba aplikasi Easybook.com.
Easybook.com adalah aplikasi tempahan tiket pengangkutan terbesar yang menawarkan semua pilihan tiket termasuk bas, kereta api, feri, kereta sewa dan tempahan pelancongan di seluruh Asia Tenggara.
Bagi perjalanan bas, anda boleh memilih daripada lebih 500 pengusaha bas dan lebih 10,000 laluan bas ke semua destinasi pelancongan yang popular di Malaysia, Singapura, Indonesia serta Thailand.
Selain bas, anda juga boleh memudahkan perjalanan dengan menaiki kereta api apabila Easybook. com adalah sistem tempahan tiket terbesar bagi perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dan Tren Elektrik (ETS) yang menawarkan perjalanan pantas dan selesa ke setiap destinasi termasuk ke Hatyai dan Woodlands Singapura.
Untuk bercuti ke pulau kegemaran pula, pengguna boleh memilih waktu yang sesuai mengikut jadual perjalanan feri ke 100 laluan pulau antaranya seperti ke Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Langkawi, Pulau Batam dan Pulau Bintan.
Easybook.com boleh dimuat turun daripada kedua-dua platform Play Store dan App Store.
Setiap hari dianggarkan lebih 1.2 juta pengguna lebuh raya di negara ini dan jumlah ini meningkat sebanyak 25 peratus ketika musim perayaan yang memerlukan sistem terkini bagi menyampaikan maklumat lalu lintas lebih baik.
Demi melancarkan perjalanan di atas