Erat hubungan keluarga
Cabaran terbesar keluarga moden hari ini adalah mengimbangi kerja dan tanggungjawab menguruskan keluarga agar si manja sentiasa gembira.
Kao Malaysia melancarkan kempen Welcome to My Modern Parenthood fasa kedua yang turut menampilkan buku panduan keibubapaan terkini lebih padat dengan informasi dan produk penjagaan rumah di bawah jenama itu.
Presidennya Fujiwara Masaki berkata, produk penjagaan rumah dari Jepun itu memahami cabaran harian yang perlu dipikul oleh ibu bapa dan berhasrat menjadi teman setia mereka sepenuh masa.
Katanya, syarikat itu sentiasa berusaha membantu meringankan bebanan ibu bapa dengan menyediakan pelbagai maklumat dan kaedah mudah, pantas dan menyeronokkan.
“Melalui cara ini mereka boleh meluangkan lebih banyak saat manis bersama. Asas kebahagiaan sebenar adalah matlamat kempen 2017,” katanya.
Menerusi kempen kedua itu, kandungan buku panduan The Secret to My Modern Parenthood itu diperkukuhkan dan direka
Ramai khusus oleh Kao Japan Lifestyle Research Center dengan kerjasama Positive Parenting Malaysia.
Sementara itu, Naib Presiden Pemasaran Kao Malaysia, Tan Poh Ling berkata, kini, lebih ramai ibu bapa memegang peranan menguruskan rumah dan keluarga.
Maka, kempen keibubapaan terkini itu berhasrat memperkasakan ibu bapa agar hidup keibubapaan mereka lebih mudah dan seronok.
“Fasa kedua kempen ini membolehkan pengguna mengenali produk Kao dengan lebih dekat, sekali gus membantu mereka mengetahui cara penggunaan yang betul.
“Kami berhasrat menjadikan hidup ibu bapa kini lebih mudah dan seronok. Ibu bapa moden hari ini lebih mengutamakan masa yang dihabiskan bersama si manja. Nikmati saat manis bersama adalah asas kebahagiaan sebenar.
“Sepenat mana kita sekali pun, kita tetap ingin menguruskan anak dan keluarga sebaik mungkin. Malangnya, hasrat melindungi dan memupuk kebahagiaan keluarga bertambah sukar ekoran lambakan maklumat masa kini,” katanya.
Menurut satu tinjauan
Kao Malaysia selepas tamat kempen sama tahun lalu, kebanyakan ibu bapa mengimpikan maklumat yang lebih luas dan padat menerusi buku panduan itu.
Sebanyak 87 peratus responden mengimpikan tip penting penjagaan bayi ketika kecemasan, pemakanan sihat (55 peratus) dan mengeratkan hubungan keluarga (49 peratus) manakala 53 peratus responden pula mengimpikan panduan keselamatan rumah.
Edisi terkini buku panduan itu mengandungi 18 bab termasuk tiga bab yang dikemaskini daripada Jilid Satu. Tambahan enam bab baru tentang tip penjagaan bayi sehingga kanak-kanak daripada pakar dalam industri seperti doktor juga disertakan.
Sejumlah 40,000 naskah akan diagihkan menerusi badan bukan kerajaan (NGO), hospital dan organisasi penjagaan kanak-kanak pada tahun ini. Buku panduan itu boleh didapati secara percuma melalui www.kao.com/my/ my-modern-parenthood/ index.html.
Kempen usaha sama antara Kao, Positive Parenting dan penaja barangan elektrik, Sharp mendukung visi yang sama iaitu menceriakan dan mengeratkan hubungan kekeluargaan.
kebiasaannya hidangan yang disediakan pada Aidilfitri ialah ketupat, lemang dan rendang. Justeru menu
Sajian Bijak Raya Kimball bukan sahaja menjimatkan, tetapi boleh disajikan untuk jamuan rumah terbuka hari raya.
Bagi selebriti terkenal, Raja Azura yang juga ibu kepada tiga anak, pada musim perayaan biasanya anak mengimpikan sajian kesukaan mereka. Namun ada ibu yang tidak dapat menyediakannya.
“Menerusi Sajian
Bijak Raya Kimball, pilihan hidangan dan cara ia disediakan amat menyelerakan. Menu ayam masala menggunakan Sos Spageti Kimball, agak unik dan sedap, “katanya.
Semua resipi menggunakan produk berkualitinya, antaranya Gado-Gado Raya Kimball dan Taufu Sumbat Goreng Kimball sebagai pembuka selera, nasi kerabu goreng Kimball dan ayam masala Kimball sebagai hidangan utama serta kek velvet hitam Kimball sebagai pencuci mulut.
Menurut Pengurus Kategori Campbell Soup
Asia Tenggara Sdn Bhd
Tania Lee, ramai ibu terpaksa mencari alternatif bagi memaksimumkan nilai setiap sen yang dibelanjakan.
“Resipi Sajian Bijak
Raya Kimball ini direka untuk membantu ibu memaksimumkan nilai belanjawan mereka. Hanya dengan RM100, mereka mampu menyediakan hidangan raya yang berkualiti untuk tetamu. Dengan penjimatan berkenaan, mereka boleh berbelanja untuk duit raya, membeli pakaian baharu dan perhiasan rumah,” kata Tania.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sajian Bijak Raya Kimball atau pelbagai resipi enak, boleh layari laman web atau Facebook Kimball Malaysia.