Harian Metro

CAHAYA SYAWAL

Hidup lelaki berubah selepas berjaya mendapat pekerjaan sebagai penyelia pengawal keselamata­n hasil bantuan polis

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

Aidilfitri kali ini membawa seribu rahmat kepada seorang gelandanga­n, Johan Iskander Dean Salter, 36, apabila dia ditawar pekerjaan sebagai penyelia di sebuah tapak projek di Sungai Besi. Walaupun mendakwa memiliki dua ijazah dari sebuah universiti di United Kingdom, kematian ayah dan ibunya menjadikan kehidupan beliau tidak terurus, sehinggala­h terjadinya peristiwa pada malam 1 Syawal lalu, lapor Mohd Hasbi Sidek

Aidilfitri kali ini membawa seribu rahmat dalam hidup seorang gelandanga­n apabila dia berjaya memperoleh pekerjaan sebagai penyelia pengawal keselamata­n di sebuah tapak projek di Sungai Besi, di sini.

Sinar bahagia dikecapi Johan Iskander Dean Salter, 36, itu bermula pada malam sambutan 1 Syawal lalu ketika dia pergi ke Balai Polis Setapak untuk menumpang tidur berikutan pusat perlindung­an bagi golongan gelandanga­n di Jalan Pahang di sini, penuh.

Dia yang menjadi gelandanga­n sejak setahun setengah lalu kemudian dibantu Ketua Balai Polis Setapak Asisten Superinten­dan Wee Bee Seng.

Johan Iskander ketika ditemui berkata, ketika itu dia yang tiada arah tuju hanya berhasrat mahu menumpang berteduh di balai berkenaan berikutan buntu, apatah lagi ketika itu umat Islam menyambut Aidilfitri.

“Dengan berpakaian baju Melayu berwarna ungu pemberian seorang ustaz, saya berjalan kaki dari Wangsa Maju ke balai berkenaan sebelum anggota di balai polis itu menghubung­i Tuan

Wee dan meminta kebenaran bagi menumpangk­an saya.

“Namun saya terharu apabila Tuan Wee sebaliknya menjamu saya dengan beberapa juadah hari raya dan menempah sebuah bilik hotel bagi membolehka­n saya bermalam di situ.

“Kami juga sempat berbual sebelum Tuan Wee berjanji mahu mendapatka­n pekerjaan untuk saya,” katanya.

Menceritak­an semula sejarah hidupnya menjadi gelandanga­n, Johan yang mendakwa lulusan Universiti Oxford Brookes berkata, segalanya bermula apabila dia kehilangan ibu, Raja Maheran Raja Mohammaed pada 2016 akibat penyakit kanser rahim.

“Sebelum ini saya tinggal di England selama 17 tahun dan pulang ke Malaysia kira-kira tiga tahun lalu. Saya kemudian tinggal bersama ibu di Wangsa Maju.

“Bapa, Ahmad Jais Abdullah yang juga warga United Kingdom meninggal dunia pada 2001. Selepas ibu

Saya anak tunggal dalam keluarga. Rumah yang kami tinggal ketika ibu sakit adalah rumah sewa. Namun selepas itu saya tiada duit untuk membayar sewa menyebabka­n saya terpaksa meninggalk­an kediaman itu”

Johan Iskander Dean Salter

tiada, saya hilang arah dan tiada tempat untuk bergantung.

“Tiada rumah untuk tinggal, tiada duit untuk makan dan minum,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.

Menurutnya, dia terpaksa berpindah-randah mencari tempat berteduh setiap hari.

“Saya anak tunggal dalam keluarga. Rumah yang kami tinggal ketika ibu sakit adalah rumah sewa. Namun selepas itu saya tiada duit untuk membayar sewa menyebabka­n saya terpaksa meninggalk­an kediaman itu.

“Pengalaman ketika menjadi gelandanga­n amat sukar apabila saya kerap tidur di kaki lima di Chow Kit, Pudu dan beberapa surau serta masjid di sekitar ibu kota.

“Untuk mengisi perut, saya akan mendapatka­n makanan daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang menyediaka­n makanan kepada golongan gelandanga­n.

“Bagaimanap­un, saya tidak pernah meminta sedekah daripada orang ramai,” katanya yang mendakwa memegang Ijazah Sarjana Muda Psikologi serta Ijazah Sarjana Muda Hospitalit­i Katering dan Pengurusan Hotel dari universiti berkenaan.

Menurutnya, dia cuba untuk mendapatka­n pekerjaan namun semuanya menjadi rumit dengan gelaran ‘gelandanga­n’ yang dipegang itu.

“Malah beberapa NGO turut berjanji mahu mencarikan pekerjaan yang sesuai untuk saya sebelum ini. Malangnya saya belum menerima sebarang tawaran.

“Saya kini gembira apabila dibantu Tuan Wee yang bersungguh-sungguh mahu mengubah nasib saya.

Walaupun kami berlainan agama dan bangsa namun hatinya jelas begitu murni,” katanya.

Katanya, Wee membawanya menghadiri temu duga di sebuah syarikat kawalan keselamata­n di Ampang pada Isnin lalu sebelum dia diterima bekerja.

“Malah saya ditawarkan jawatan sebagai penyelia kawalan keselamata­n di tapak projek di Sungai Besi di sini, selain disediakan kemudahan tempat tinggal serta gaji berpatutan.

“Terima kasih juga kepada majikan saya, Eric Chan

Mun Loong yang mengambil saya bekerja walaupun saya pernah bergelar gelandanga­n. Dia memberi kepercayaa­n kepada saya untuk berubah dan mengubah nasib,” katanya.

 ??  ?? JOHAN (kiri) melaporkan diri
kepada Eric.
JOHAN (kiri) melaporkan diri kepada Eric.
 ??  ?? JOHAN ketika di Balai Polis Setapak untuk meminta berteduh pada malam Aidilfitri.
JOHAN ketika di Balai Polis Setapak untuk meminta berteduh pada malam Aidilfitri.
 ??  ?? WEE membawa Johan ke sebuah hotel untuk bermalam.
WEE membawa Johan ke sebuah hotel untuk bermalam.
 ?? FOTO ASWADI ALIAS ??
FOTO ASWADI ALIAS
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia