Harian Metro

ZURIAT TERISTIMEW­A

Pesakit layak terima zakat kategori asnaf al-riqab

- Amir Abd Hamid dan Mohd Firdaus Ibrahim am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: “Kepada semua umat Islam, janganlah hanya mengata dan menghina. Marilah sama-sama membantu memulihkan golongan terbelengg­u ini yang sudah sekian lama disisihkan.

“Isu sosial berkait dengan akidah. Jika tak selesai pulihkan akan berisiko tergadai akidah selain fakir bawa kekufuran,” kata Pengarah Pembanguna­n Sosial/Ketua Pendaftar

Mualaf dan Riqab Selangor Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Ahmad Shahir Makhtar.

Beliau mengulas mengenai bantuan kepada asnaf atau penerima zakat kategori riqab yang masih belum meluas mendapat perhatian termasuk pesakit HIV dan AIDS, golongan mak nyah, bekas penagih dan lain-lain yang dikategori­kan di bawah asnaf al-riqab.

Asnaf atau penerima zakat ada lapan kategori iaitu fakir (al Fuqara), miskin (al-Masakin), amil, mualaf, riqab, gharimin, fisabilill­ah dan ibnus sabil.

“Al-riqab secara literalnya bermaksud individu yang terbelengg­u dan ia merujuk kepada golongan hamba abdi ketika zaman pemerintah­an kerajaan Islam di Makkah dan Madinah dulu.

“Zaman sekarang sudah tiada hamba abdi. Namun, hanya di Selangor dikeluarka­n fatwa ada 27 golongan terbelengg­u ini termasuk pesakit HIV/AIDS, mak nyah serta bekas penagih yang dikategori­kan sebagai asnaf al-riqab dan mereka ini layak menerima zakat.

“Alhamdulil­lah segala usaha kami mendekati dan membimbing golongan ini mendapat maklum balas positif daripada mereka,” katanya.

Menurutnya, sebelum fatwa dikeluarka­n sudah ada perbincang­an di pejabat mufti Selangor dan akhirnya pada 2010 memutuskan kategori hamba abdi pada zaman sekarang adalah layak untuk golongan yang terbelengg­u itu.

Ahmad Shahir berkata, sebanyak 27 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berdaftar dengan Bahagian Pemulihan Al-Riqab MAIS dan Selangor adalah negeri tunggal ketika ini mengeluark­an fatwa mengenai perkara berkenaan riqab itu.

Ketika ini, katanya, hampir 1,000 layak menjadi penerima riqab dan angka itu berubah sebab pihaknya sentiasa menjalanka­n program supaya golongan itu tidak terbelengg­u lagi.

“Bantuan kewangan diberikan seorang setiap bulan antara RM550 hingga RM1,000.

“Apapun ini soal akidah. Jika tidak dibantu mereka akan terus sesat. Apabila itu berlaku, kita juga akan ditanya oleh Allah SWT di akhirat kelak kenapa tak buat apa-apa.

“Justeru, saya juga menyeru pihak korporat untuk sama-sama membantu supaya golongan yang dikategori­kan terbelengg­u di bawah al-riqab ini dapat diselamatk­an,” katanya.

Klang

“Maafkan wahai teman, ku menumpang di sudut dunia, mencari ketenangan, sampai masa ku pergi jua...”

Itu antara bait lirik Namun Ku Punya Hati dendangan kumpulan Revolvers sesuai mengungkap­kan kehidupan yang dijalani seorang budak lelaki berusia enam tahun penghidap virus HIV sejak lahir.

Anak berkenaan kini dijaga Pengetua Pertubuhan Amal dan Kebajikan Anak-Anak Islam Tersisih Selangor (PAKAT) Helmi Abdullah dan turut mengambiln­ya sebagai anak angkat yang sah.

“Anak ini antara 10 penghuni PAKAT sejak kami mula beroperasi 2015. Dia istimewa di hati. Saya menerimany­a dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) beberapa minggu selepas Aidilfitri 2015, sekitar awal Ogos.

“JKM sudah lama mencari waris kanak-kanak yang ditinggalk­an ibunya kepada sebuah keluarga. Namun waris tidak dapat dikesan.

“Saya menerimany­a untuk tinggal bersama di rumah perlindung­an ini. Pada mulanya janggal saya yang masih bujang dipanggiln­ya babah,” katanya sambil menjelaska­n rumah perlindung­an itu disewa RM250 sebulan di Kampung Bukit Kerayong, Kapar, Klang, di sini, dan memerlukan RM12,000 sebulan untuk kos operasi keseluruha­n.

Menurutnya, anak angkatnya itu menyambut perayaan Aidilfitri dengan penuh keceriaan seperti kanak-kanak lain tanpa mengetahui dia adalah penghidap virus HIV.

Helmi berkata, penjagaan anak angkatnya itu tidaklah sukar cuma perlu memastikan ubat khas untuk penghidap HIV diberikan tiga kali sehari tepat pada masanya iaitu 8 pagi, 8 malam dan 9.30 malam.

“Selain itu, dia dan tiga lagi penghuni PAKAT yang menghidap virus HIV perlu menjalani ujian sel darah putih (CD4) dan virus di Hospital Kuala Lumpur untuk memastikan tahap kesihatan terjaga.

“Namun biarpun memiliki virus yang digeruni ramai orang, setiap kali 1 Syawal dia seronok sangat beraya. Saya pula yang sedih mengenangk­an nasibnya pada kemudian hari.

“Apapun saya kena mainkan peranan supaya dia boleh memahami situasi diri seiring dengan pembesaran­nya.

“Secara umumnya untuk setiap penghuni seumpamany­a saya mahu mereka merasakan ada rakan senasib seperti aku dan boleh terima aku,” katanya.

Kepada orang ramai yang mahu memburu pahala dengan membantu anak kurang bernasib baik ini boleh hulurkan sumbangan ke akaun Maybank Islamic 5620676143­85 atas nama Pertubuhan Amal dan Kebajikan Anak-Anak Islam Tersisih Selangor.

Mengenai PAKAT, Helmi berkata, penghuni rumah itu seramai 10 orang membabitka­n enam perempuan dan empat lelaki berusia antara enam dan 18 tahun termasuk empat pesakit yang dijangkiti HIV/AIDS.

Mengulas lanjut, katanya, bagi ubat-ubatan berkaitan penjagaan HIV/AIDS kosnya ditanggung sepenuhnya hospital kerajaan.

Menurutnya, petugas di rumah berkenaan terdiri masing-masing seorang pemandu bas, tukang masak, penjaga hal ehwal ubat kepada pesakit dan tiga jawatankua­sa pentadbira­n.

Pengetua PAKAT lindungi 10 penghuni termasuk empat hidap

virus berbahaya Namun biarpun memiliki virus yang digeruni ramai orang, setiap kali 1 Syawal dia seronok sangat beraya. Saya pula yang sedih mengenangk­an nasibnya di kemudian hari”

Helmi

“Selain mendapat dana daripada orang perseorang­an yang prihatin, PAKAT juga berdaftar dengan Bahagian Pemulihan Al-Riqab Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), seterusnya melayakkan anak yang memenuhi syarat menerima zakat kategori Al-Riqab.

“Dana tahunan dikemas kini dan dibahagika­n empat bulan sekali dan sekiranya perlu kami akan memotong belanja dapur dalam menguruska­n rumah perlindung­an ini,” katanya.

Helmi yang mempunyai lapan adik-beradik itu berkata, dia bersyukur mempunyai keluarga yang memahami tanggungja­wabnya mahu menjaga sebaiknya golongan kurang bernasib baik itu.

“Alhamdulil­lah adik-beradik menyokong pekerjaan saya ini. Apa yang penting mereka tidak rasa stigma dengan penghuni yang sudah saya anggap sebagai keluarga,” katanya yang sebelum ini bekerja di bengkel kimpalan dan perkhidmat­an sewa khemah milik abangnya.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? HELMI beri sepenuh perhatian kepada anak angkatnya.
HELMI beri sepenuh perhatian kepada anak angkatnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia