Harian Metro

TERSIRAM AIR KETUPAT

Dua bayi dikejarkan ke hospital akibat terkena minyak, air panas

- Nur Saliawati Salberi nursaliawa­ti@mediaprima.com.my

Dua bayi lelaki berusia lapan bulan dan 10 bulan, kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka selepas masing-masing melecur di badan akibat terkena minyak serta air panas pada dua kejadian berasingan bulan lalu.

Pada kejadian 24 Jun lalu, Muhammad Aniq Mohd Sharudin yang berusia 10 bulan, melecur 55 peratus pada badan selepas tersiram air rebusan ketupat.

Difahamkan, kejadian berlaku di rumah keluarga bayi itu di Ayer Keroh selepas Muhammad Aniq dikatakan mencapai periuk mengandung­i air rebusan ketupat yang kemudianny­a terbalik dan tertumpah ke atasnya.

Muhammad Aniq kini bergantung kepada oksigen dibekalkan menerusi mesin bantuan pernafasan selain diberikan ubat tidur untuk mengurangk­an rasa sakit.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron yang ditemui selepas melawat mangsa berkata, kedua-dua bayi berkenaan dilaporkan stabil dan perkembang­an mereka kini dipantau rapi oleh doktor.

“Keadaan Muhammad Aniq kini sudah stabil, namun dia masih belum sedar berikutan diberi ubat tidur yang diberikan doktor.

“Insiden seperti ini tidak boleh dijangka, saya harap Muhammad Aniq sembuh dengan segera, sekali gus menceriaka­n keluargany­a,” katanya.

Idris berkata, dalam satu lagi kejadian awal bulan lalu, Aeedan Mudrik Nazirul Ikram yang berusia lapan bulan melecur 22 peratus pada badan selepas terkena minyak panas.

“Alhamdulil­lah, Aeedan Mudrik sudah pulih. Saya dimaklumka­n oleh pihak hospital, paru-paru bayi terbabit yang terjejas sebelum ini juga sudah pulih.

“Saya ingatkan kepada ibu bapa supaya beri perhatian penuh kepada anak-anak kerana mereka tidak faham mengenai bahaya yang ada dalam rumah. Kepada orang ramai pula, bersama-sama kita doakan kedua-dua bayi ini segera sembuh,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN Muhammad Aniq di ICU Hospital
Melaka.
KEADAAN Muhammad Aniq di ICU Hospital Melaka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia