Harian Metro

PEMETIK API PUNYA PASAL

Lelaki meraung tangan tersangkut dalam lubang najis

- Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman am@hmetro.com.my

“Mujur saya tergerak hati pulang memasak di rumah selepas keluar beraya bersama ayah, ibu dan anak pada hari berkenaan.

“Biasanya selepas keluar beraya saya terus pulang ke rumah keluarga di Kampung Paya Keladan, di sini,” kata Roslinda Yahya.

Roslinda, 33, adalah isteri Adly Azamin Mohd Amin, 42, yang tangan kanannya tersangkut ketika cuba mengambil pemetik api terjatuh dalam lubang najis, Rabu lalu.

Katanya, ketika kejadian suaminya tinggal sendirian manakala dia dan tiga anak tiada di rumah kerana mengikut ibu bapanya keluar beraya di sekitar bandar ini.

“Dalam jam 2.30 petang saya pulang ke rumah dan ketika membuka pintu rumah, saya terdengar suami menjerit memanggil saya dari dalam.

“Bagaimanap­un, memandangk­an rumah berkunci, ayah saya terpaksa memecahkan pintu.

“Apabila masuk, kami terkejut melihat suami tertiarap dengan tangan kanannya di dalam lubang tandas,” katanya di rumahnya di Taman Seri Kemuning, di sini, semalam.

Katanya, melihat keadaan suaminya itu, dia segera menghubung­i bomba untuk meminta bantuan.

“Selain bomba, pegawai perubatan dari klinik berhampira­n juga dipanggil untuk memberikan rawatan (oksigen dan ubat bius) bagi mengurangk­an kesakitan suami.

“Kira-kira jam 7 malam, tangan suami dikeluarka­n bersama saluran najis itu dan dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HOSHAS), untuk rawatan lanjut,” katanya memaklumka­n keadaan suaminya kini stabil selepas paip itu dikeluarka­n anggota bomba namun tangan kanannya masih bengkak dan luka.

Roslinda berkata, menjadi kebiasaan bagi suaminya merokok apabila berada dalam tandas.

“Bagaimanap­un, saya tidak pasti tindakanny­a yang cuba mengambil semula pemetik api itu.

“Dia tidak memaklumka­n sebabnya tetapi pada pengamatan saya ia bukan pemetik api yang berharga seringgit (murah) kerana saiznya sedikit besar,” katanya.

Dia tidak memaklumka­n sebabnya tetapi pada pengamatan saya ia bukan pemetik api yang berharga seringgit (murah) kerana saiznya sedikit besar”

Roslinda Yahya

 ??  ?? ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an saluran najis yang tersangkut pada tangan kanan Adlly.
ANGGOTA bomba berusaha mengeluark­an saluran najis yang tersangkut pada tangan kanan Adlly.
 ??  ?? ANAK perempuan Adly menunjukka­n tandas yang dipecahkan untuk mengeluark­an tangan kanan bapanya.
ANAK perempuan Adly menunjukka­n tandas yang dipecahkan untuk mengeluark­an tangan kanan bapanya.
 ??  ?? ANGGOTA bomba menenangka­n Adly sebelum dihantar ke hospital.
ANGGOTA bomba menenangka­n Adly sebelum dihantar ke hospital.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia