Harian Metro

SERAI RM15,000 SEBULAN

 Petani pasar empat hingga enam tan penuhi permintaan peniaga makanan

- Mohd Rafi Mamat am@hmetro.com.my

Permintaan menggalakk­an terhadap serai memberi pendapatan lumayan kepada Mohd Derus Abd Latif, 56, yang mampu meraih RM15,000 sebulan hasil jualan tanaman itu yang diusahakan di atas tanah seluas lapan hektar di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) Kota Perdana, dekat sini.

Bekas penolong pegawai pertanian daerah itu berkata, setiap bulan dia mampu memasarkan empat hingga enam tan serai gajah, peha ayam dan serai kacukan Indonesia yang masing-masing mempunyai kelebihan.

Menurutnya, permintaan terhadap serai begitu menggalakk­an terutama daripada peniaga makanan yang memerlukan­nya setiap hari dengan harga pasaran RM2 hingga RM2.50 sekilogram bergantung kepada jenis.

“Pada musim perayaan permintaan terhadap serai semakin bertambah namun jumlah tanaman terhad menyebabka­n saya tidak dapat memenuhi permintaan peniaga, saya kini mempunyai kontrak jualan dengan restoran nasi ayam terkemuka di daerah ini.

“Bagi memenuhi permintaan, saya kini menambah lima hektar lagi tanaman serai di TKPM Salong, yang dijangka mengeluark­an hasil tidak lama lagi,” katanya yang turut mengusahak­an tanaman padi di kawasan Jelapang Padi Negara Pahang Tua, di sini.

Mohd Derus berkata, dia memulakan projek tanaman serai dan betik sekaki atau Hong Kong di TKPM Kota Perdana pada 2014 dengan modal RM300,000 dan kini memperoleh pulangan lumayan.

“Saya juga mengusahak­an tanaman nangka J 33 yang dijangka mengeluark­an hasil 2,500 tan secara berperingk­at bermula Ogos ini,” katanya.

 ??  ?? MOHD Derus menyusun serai yang ditanam di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) Kota Perdana, Pekan.
MOHD Derus menyusun serai yang ditanam di Taman Kekal Pengeluara­n Makanan (TKPM) Kota Perdana, Pekan.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia