Harian Metro

Puji tindakan Eric

-

Kuala Lumpur: Tindakan Ketua Balai Polis Setapak Asisten Superinten­dan Wee Bee Seng dan pengurus syarikat kawalan keselamata­n Eric Chan Mun Loong, membantu seorang gelandanga­n Johan Iskander Dean Salter, 36, wajar dipuji berikutan ia dilakukan melangkaui batas kaum dan agama.

Wee berkata, Johan Iskander muncul di balai polis dengan berpakaian baju Melayu berwarna ungu pada malam hari raya dan meminta simpati untuk berteduh di balai berkenaan.

“Walaupun saya tidak menyambut hari raya, hati saya tetap tersentuh melihatkan nasibnya. Dia (Johan) datang ke balai dengan perut kosong dan tiada tempat untuk berteduh.

“Kebetulan ketika itu saya sendiri yang menjaga kaunter memandangk­an saya memberi peluang kepada warga balai beragama Islam untuk bercuti menyambut raya,” katanya.

Beliau berkata, dia berbual dengan Johan Iskander dan menjamu juadah raya sebelum membawa lelaki itu ke sebuah hotel untuk bermalam selain memberikan wang tunai RM200.

“Saya juga berjanji untuk mendapatka­nnya pekerjaan. Keesokan harinya, seorang kawan meminta Johan hadir untuk temu duga sebagai pengawal keselamata­n.

“Ini bukan tugas polis, namun ia lahir daripada kesedaran saya sendiri untuk membantu golongan daif. Saya mahu mengubah persepsi orang ramai terhadap polis,” katanya.

Sementara itu, Eric yang juga Pengurus Cawangan Syarikat Rekal Jaya berkata, pihaknya sudah mengambil 100 golongan gelandanga­n bekerja sebagai pengawal keselamata­n sejak syarikat itu ditubuhkan pada 1995.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia