Harian Metro

JARI TAK BOLEH BENGKOK

-

 Tukang rumah mangsa mercun bola

bimbang tak mampu lagi bekerja

Tahun ini, seramai tujuh orang dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), di sini, kerana kecederaan serius, berbanding hanya empat mangsa pada 2016.

Seorang daripada mangsa itu adalah Abdul Azim Muhamad, 29, yang menjadi mangsa disebabkan perbuatan kanak-kanak di Kampung Jejuluk, Tumpat bermain mercun bola pada 7 Jun lalu.

Kejadian pada Ramadan ke-12 itu tidak mungkin dilupakan, apatah lagi dia kini menderita putus jari telunjuk kanan dan cedera di ibu jari serta tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan buat masa ini.

Abdul Azim berkata, walaupun sudah 25 hari kejadian berlaku, dia masih belum dapat menyesuaik­an diri dengan kecacatan jarinya.

“Saya ingatkan cedera ringan saja, tetapi lain yang berlaku. Doktor maklumkan jari itu tidak dapat diselamatk­an dan perlu dipotong untuk mengelak jangkitan kuman.

“Pada 6 Julai ini, saya perlu ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), sekali lagi untuk berjumpa pakar berikutan jari tengah tidak dapat dibengkok seperti biasa,” katanya semalam.

Abdul Azim yang bekerja sebagai tukang rumah mengakui tidak dapat melakukan kerja berat untuk tempoh beberapa bulan dan bimbang sekiranya pendapatan­nya terjejas.

 ??  ?? ABDUL Azim bimbang pendapatan terjejas.
ABDUL Azim bimbang pendapatan terjejas.
 ??  ?? ABDUL Azim menunjukka­n jari telunjuk yang terpaksa dipotong, semalam.
ABDUL Azim menunjukka­n jari telunjuk yang terpaksa dipotong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia