Harian Metro

EJEN BUKAN MAIN LIGAT

- Siti Fatimah Hassan sfhassan@hmetro.com.my

Putrajaya

Ketika saat akhir ribuan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan majikan menyerbu Jabatan Imigresen ) untuk mendaftar program kad sementara Enforcemen­t Card (E-Kad) semalam, ejen turut dikatakan ligat mencari mangsa dengan menawarkan perkhidmat­an mereka.

Bagaimanap­un, kegiatan mereka berjaya dikesan oleh imigresen yang membuat penahanan terhadap beberapa ejen dalam tempoh tiga hari terakhir sebelum tarikh permohonan itu ditutup semalam.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, mereka yang ditahan kononnya menjadi orang tengah kepada majikan untuk membuat permohonan E-Kad malah turut terdapat E-Kad palsu dikeluarka­n oleh mereka.

“Memang kita berdepan dengan masalah ini, malah ada yang mengeluark­an E-Kad palsu. Kita turut menahan beberapa ejen atas kesalahan membuat dokumen palsu.

“Kononnya mereka ini boleh menyelesai­kan masalah majikan dan PATI berkenaan E-Kad. Kita tidak menggunaka­n sebarang ejen, hanya majikan saja yang dibenarkan masuk untuk mendaftar pekerja mereka,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Sejak pendaftara­n E-Kad dibuka hingga jam 8 pagi semalam, sebanyak 155,680 PATI yang sudah didaftarka­n membabitka­n 26,957 majikan dan sebanyak 140,746 E-Kad dikeluarka­n.

Program E-Kad itu berfungsi sebagai pengesahan sementara bagi tujuan menggantik­an dokumen perjalanan sah daripada kedutaan untuk membolehka­n warga asing terbabit terus bekerja di negara ini.

Selepas mendaftar, majikan dan warga asing itu perlu mendapatka­n pasport daripada kedutaan masing-masing untuk tujuan pemutihan.

Bermula tengah malam tadi, imigresen menggempur secara besar-besaran memburu pendatang asing tanpa izin (PATI) di seluruh negara selain mengambil tindakan undang-undang terhadap majikan yang melakukan kesalahan menggaji mereka.

Mustafar berkata, pihaknya tidak akan memberi peluang kedua kepada PATI dan majikan yang gagal mendaftar E-Kad dan tindakan diambil serta-merta tanpa kompromi.

“Kita tidak akan melayan sebarang permintaan untuk tempoh lanjutan kerana terlalu ramai datang di saat akhir.

“Jangan salahkan Jabatan Imigresen kerana kita juga bertungkus-lumus untuk menyediaka­n perkhidmat­an, malah ada kakitangan yang terpaksa pulang lewat disebabkan bertugas di kaunter E- Kad,” katanya.

Ambil kesempatan jadi orang tengah urus pengeluara­n E-Kad

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia