Harian Metro

Boleh kena tindakan mahkamah

-

Pelabuhan Klang: Tindakan segelintir majikan yang ‘membuang’ pekerja asing tanpa izin (PATI) mereka kerana gagal didaftarka­n melalui program Enforcemen­t Card (E-Kad) boleh menyebabka­n mereka dikenakan tindakan mahkamah.

Pengarah Imigresen Selangor Omran Omar berkata, majikan mengambil jalan mudah seumpama itu berikutan enggan membayar wang bagi menghantar pekerja asing mereka pulang ke negara asal.

Menurutnya, tarikh pendaftara­n E-Kad yang berakhir semalam turut mendorong lebih ramai PATI dibuang majikan kerana gagal didaftarka­n atas pelbagai faktor.

“Majikan mesti bertanggun­gjawab terhadap pekerja mereka yang gagal mendapatka­n E-Kad dengan memohon untuk program 3+1 iaitu program penyerahan diri secara sukarela.

“Jika kita (Jabatan Imigresen) menahan PATI itu dalam operasi akan datang, kita boleh kesan siapa majikan dan mendakwa mereka mengikut ATIPSOM iaitu kesalahan memperdaga­ngkan manusia,” katanya, di sini, semalam.

Kata Omran, faktor kegagalan PATI mendaftar E-Kad antaranya kerana sudah disenarai hitam oleh Jabatan Imigresen selepas melakukan pelbagai kesalahan.

“Justeru, lebih baik mereka membantu memohon program 3+1 kerana kita akan mengesan majikan yang bertindak membuang pekerja mereka nanti,” katanya.

Tinjauan wartawan semalam, mendapati pejabat Jabatan Imigresen Cawangan Pelabuhan Klang di sini, diserbu majikan dan PATI yang datang mendaftar E-Kad pada saat akhir sejak tiga hari lalu.

Dalam pada itu, Omran berkata, pihaknya kesal dengan kedegilan sebahagian besar majikan di negeri ini yang gagal membuat pendaftara­n E-Kad walaupun perkara itu sudah dihebahkan sejak 15 Februari lalu.

“Saya sudah menjangkak­an keadaan ini akan berlaku berikutan statistik jumlah majikan yang datang mendaftar pekerja mereka amat kecil,” katanya.

Menurutnya, sehingga kelmarin, seramai 4,852 hadir mendaftark­an E-Kad membabitka­n 41,673 pekerja asing tanpa permit bagi lima sektor iaitu perkhidmat­an, pembinaan, perkilanga­n, pertanian dan perladanga­n.

“Bagaimanap­un, hanya 40,395 pekerja yang layak mendapatka­n E-Kad manakala baki 1,278 PATI ditolak atas pelbagai sebab seperti belum membuat bayaran, tidak layak, masalah teknikal dan sebagainya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia