Harian Metro

TAYANG HARTA HARAM

- Mohd Hasbi Sidek mohd.hasbi@hmetro.com.my

 SPRM pantau secara agresif penjawat awam hidup ala jutawan

Hampir semua penjawat awam yang disiasat kerana disyaki mengambil rasuah mengamalka­n gaya hidup mewah ala jutawan dan gemar menunjuk-nunjuk harta haram yang dimiliki.

Timbalan Ketua Pesuruhjay­a (Operasi) Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Azam Baki berkata, pihaknya kini memantau secara agresif penjawat awam yang kaya-raya melebihi pendapatan.

“Kita dapat lihat SPRM kini memantau dengan agresif penjawat awam yang dilaporkan hidup terlalu mewah melebihi pendapatan sebenar.

“Hidup mewah dan sebagainya ini adalah indikator menunjukka­n ada sesuatu yang tidak kena, malah hampir semua daripada mereka yang disiasat SPRM memiliki indikator ini,” katanya.

Beliau berkata, ada segelintir masyarakat mempersoal­kan tindakan agresif SPRM.

“Seringkali pertanyaan diajukan kepada saya. Kenapa baru sekarang SPRM benar-benar bertindak agresif dengan menangkap serta menyiasat kes rasuah berprofil tinggi membabitka­n penjawat awam sedangkan dulu tiada tindakan diambil?

“Jawapan saya kepada persoalan ini adalah jika SPRM tidak mulakan sekarang, bila lagi kami akan bertindak?

“Sekarang ini masa paling sesuai untuk SPRM mengambil segala langkah produktif ini. Integriti dan nilai diri penjawat awam seharusnya terlebih dulu bersih dan bebas daripada masalah sebelum layak dan berupaya melaksanak­an tugas.

“Saya sekali lagi memberi amaran, percayalah tindakan yang cukup tegas akan diambil terhadap mereka yang mengkhiana­ti amanah dan tanggungja­wab ini,” katanya.

Menurutnya, SPRM berazam memastikan perkhidmat­an awam di negara ini bersih daripada gejala rasuah dalam tempoh tiga tahun.

Azam berkata, pihaknya mahu memastikan perolehan

Kuala Lumpur: Satu kajian yang dijalankan terhadap sekumpulan penuntut universiti awam menunjukka­n 66 peratus daripada mereka terbuka untuk mengambil rasuah jika mempunyai kedudukan dan jawatan.

Penganalis­is jenayah, Datuk Akhbar Satar berkata, kumpulan penuntut terbabit yang menjalani kaji selidik pada 2003 itu kini adalah golongan yang memegang jawatan dalam kerajaan.

“Kajian dilakukan pada 2003, jika usia mereka ketika itu dalam lingkungan 20-an, kini mereka berusia 34 tahun dan apa yang lebih menggusark­an adalah golongan bijak pandai.

“Mungkin kebanyakan mereka kini memegang jawatan dalam agensi kerajaan. Kita sendiri dapat lihat melalui penguatkua­saan yang dijalankan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Menurutnya, ketika itu, penguatkua­saan rasuah tidak begitu agresif menyebabka­n golongan berkenaan tidak takut melakukan perbuatan terkutuk itu.

Beliau berkata, semua individu berisiko terbabit dengan rasuah tanpa mengira pangkat, usia, darjat, kaum dan agama.

“Bagaimanap­un, jika seseorang itu mempunyai kedudukan, pengalaman dan pengetahua­n, dia akan menjadi lebih licik untuk terbabit dengan gejala tidak sihat ini menggunaka­n pelbagai taktik,” katanya. membabitka­n agensi kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dibuat tanpa salah guna kuasa dan rasuah.

“Bagi sektor swasta pula, kami perlu memastikan institusi kewangan dan perbankan bersih serta bebas daripada amalan rasuah berikutan institusi ini adalah nadi kepada ekonomi negara.

“Kos perniagaan akan menjadi rendah dan pelaburan asing bertambah sekiranya kami dapat menangani isu rasuah penyalahgu­naan kuasa di sektor swasta,” katanya.

Beliau berkata, bagi memastikan matlamat itu tercapai, SPRM memberikan penekanan kepada pendekatan mengguna pakai segala kemampuan dan kuasa penguatkua­saan yang tersedia dalam ruang lingkup undang-undang sepenuhnya.

“Fokus kami terarah kepada tindakan merampas semula harta dan hasil rasuah, selain penyiasata­n dibuat lebih tersusun dengan merencana tindakan siasatan berdasarka­n projek tertentu mengikut kriteria yang ditetapkan.

“Setiap tindakan dalam siasatan tidak hanya terbatas kepada mendapatka­n keterangan dan membuktika­n kesalahan predikat saja tetapi merangkumi siasatan terhadap tindakan membekukan, sekali gus melucutkan harta yang diperoleh hasil perlakuan jenayah,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia