Harian Metro

Kecewa rumah macam ‘kandang itik’

-

“Saya berharap sangat kediaman ini siap sebelum Aidilfitri namun lihat keadaannya. Ia kini seperti kandang itik,” kata peniaga, Norazah Mohamed Akhtar, 37, yang mendakwa kerugian lebih RM340,000 apabila rumahnya di

Bandar Springhill, di sini, yang dibaik pulih gagal disiapkan kontraktor.

Norazah berkata, harapannya berhari raya di rumah baru punah apabila kontraktor dilantik tidak menyiapkan kerja.

Menurutnya, rumah itu terbakar Jun tahun lalu sebelum kerja baik pulih dijalankan empat bulan kemudian.

“Saya mengenali kontraktor terbabit menerusi Facebook (FB) dan sudah membayar RM343,170 membabitka­n kerja membaiki kabinet dapur, jeriji pintu dan tingkap,” katanya.

Menurut Norazah, kontraktor berusia 37 tahun itu berjanji menyiapkan kerja baik pulih kediaman Februari lalu, namun gagal melakukann­ya hingga kini.

“Saya membayar lebih RM300,000 namun kualiti rumah tidak mencapai apa yang kami mahukan,” katanya yang melaporkan kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson, semalam.

 ??  ?? NORAZAH menunjukka­n balkoni rumahnya yang tidak dipasang cermin.
NORAZAH menunjukka­n balkoni rumahnya yang tidak dipasang cermin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia