Harian Metro

Mak Cun mohon maaf

-

Kuala Lumpur: Pelakon drama bersiri popular Mak Cun, Erma Fatima memohon maaf selepas program Raya Sakan Mak Cun yang ditayangka­n pada 24 Jun lalu dikecam netizen kerana dikatakan mempermain­kan loghat utara apabila dia bersama pelakon drama itu tidak bertutur dialek itu dengan betul.

Erma yang dihubungi di Milan, Itali berkata, mereka sudah memberikan yang terbaik untuk menjayakan program itu dan dia sedar mereka tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak.

Menurut Erma, semua pelakon yang terbabit menjayakan program yang ditayangka­n secara langsung pada malam raya lalu itu bukan berasal dari Utara tanah air.

“Saya memohon maaf sekiranya ada pihak yang tidak senang dengan loghat utara yang kami gunakan sepanjang program itu.

“Kami bukan berasal dari Kedah, Pulau Pinang atau Perlis. Kalau nak dalami sesuatu dialek negeri yang bukan tempat kelahiran kita, prosesnya memakan masa sangat lama,” katanya.

Dalam program yang turut menampilka­n pelakon drama itu seperti Umie Aida, Datuk Rahim Razali, Balkisy Samundur Khan dan Haidar, netizen yang kebanyakan­nya berasal dari Kedah mendakwa loghat utara yang ditutur mereka nampak terlalu dibuat-buat.

Malah, ada juga yang mendakwa mereka seperti menghina loghat utara selain mahu menampar Erma.

Selain itu, ada juga yang membanding­kan Erma dengan pelakon yang berasal dari Kedah iaitu Farid Kamil.

“Jangan dibandingk­an saya dengan Farid kerana dia berasal dari Kedah,” katanya.

Erma berkata, dia terkilan dengan sikap sesetengah netizen yang ingin menegur tetapi menggunaka­n bahasa kasar.

“Orang Melayu ada budi bahasanya. Kalau ada yang salah, kita boleh tegur dan ajar tetapi bukan dengan kata-kata kesat dan gaya seperti gangster.

“Apabila salah sikit saja, hendak ditampar dan dipukul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia