Harian Metro

SASAR DATUK SERI

- Hafidzul Hilmi Mohd Noor hafidzul@hmetro.com.my

 Bekas pemandu peribadi antara 5 ditahan

pecah masuk rumah orang kenamaan

Seorang bekas pemandu peribadi ditahan bersama empat lagi suspek lain selepas disyaki memecah masuk rumah bekas majikannya bergelar Datuk Seri di Kota Damansara di sini, 20 Jun lalu.

Hasil tangkapan berkenaan, polis menemui semula sebahagian wang tunai dan barangan berharga milik mangsa.

Difahamkan, dua tangkapan pertama dilakukan hasil serbuan di dua lokasi berasingan di Perak manakala dua lagi suspek ditahan dalam serbuan ke atas sebuah hotel bajet di Langkawi, Isnin lalu.

Seorang lagi suspek yang disyaki turut bersubahat dalam kes itu ditahan dalam serbuan di Gombak, Selangor, keesokan harinya. Sumber berkata, polis menemui semula sebahagian wang tunai dan barangan berharga yang dilarikan

berjumlah suspek

RM150,000.

Dalam kejadian pada jam 11.30 pagi itu, pembantu rumah wanita di kediaman kenamaan terbabit dikatakan diserang tiga lelaki bersenjata­kan parang ketika sedang mengemas di bahagian bawah banglo berkenaan.

“Isteri Datuk Seri terbabit serta dua anaknya didakwa diugut dengan parang selain tangan mereka diikat dengan pengikat kabel.

“Suspek kemudian menyelongk­ar bilik dan melarikan wang tunai RM100,000 serta beberapa barangan berharga milik keluarga itu dengan menaiki sebuah kereta,” katanya.

Difahamkan ketika kejadian, Datuk Seri terbabit tiada di rumah kerana berada di luar negara.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahka­n tangkapan dilakukan namun enggan mengulas lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia