Harian Metro

PANGKALAN LATIHAN PASUKAN GERAKAN UDARA

- Penulis Ketua Polis Negara

Salam Syawal buat pembaca sekalian. Semoga Aidilfitri yang disambut bersama keluarga dan sanak saudara serta rakan taulan membawa seribu kenangan manis buat kita semua. Saya juga berdoa semoga kita semua mendapat rahmat Ramadan yang berlalu dan berkat Syawal yang sedang kita nikmati ini.

Saya kembali pada minggu ini untuk meneruskan siri Pusat Latihan Polis yang saya harap dapat memberi informasi mengenai aspek latihan di dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kali ini kita akan mengenali dengan lebih dekat, Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara PDRM di

Ipoh, Perak.

Menelusuri sejarah penubuhann­ya, sel latihan sementara Unit Udara PDRM diwujudkan pada 1982 dan jurulatih (dipilih dari juruterban­g) sel ini dipertangg­ungjawabka­n memberi latihan peralihan kepada juruterban­g dan pemerhati udara polis yang diserapkan ke Unit Udara, setelah lulus latihan asas di institusi luar daripada PDRM. Apabila perjawatan tetap diwujudkan pada 1988, jurulatih yang sama dan beberapa orang juruterban­g dan pemerhati udara lain dipilih melaksanak­an latihan peralihan di samping menjalanka­n ujian serta pemeriksaa­n penerbanga­n terhadap juruterban­g dan pemerhati udara polis untuk menentukan kemahiran serta kebolehan mereka sentiasa di tahap yang tinggi. Semenjak perwujudan sel dan seksyen latihan tersebut, semua latihan peralihan dan ujian/pemeriksaa­n penerbanga­n dilaksanak­an di Pangkalan Unit Udara Subang.

Pangkalan Hadapan Latihan Unit Udara Polis (PHLUUP) ditubuhkan pada Jun 1991 dan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah Ipoh dipilih sebagai tapak latihan. Sebuah rumah pegawai yang diwartakan diubah suai untuk dijadikan pejabat dan bilik syarahan serta lima rumah kelas ‘F’ sebagai asrama pesertapes­erta kursus/latihan.

Nama pangkalan tersebut kemudian ditukar kepada Pangkalan Latihan Unit Udara Polis (PLUUP) dan kursus asas ‘Private Pilot’s Licence’, latihan, kursus peralihan dan ujian pemeriksaa­n penerbanga­n juruterban­g dan pemerhati udara dijalankan di pangkalan ini oleh jurulatih dan pemeriksa PDRM.

Penjenamaa­n semula Unit Udara Polis (UUP) kepada Pasukan Gerakan Udara (PGU) yang berkuatkua­sa 1 Mac 2012 turut membabitka­n pertukaran nama Pangkalan Latihan Unit Udara Polis (PLUUP) kepada Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Polis (PLPGU).

Kajian yang dijalankan mendapati kawasan di Lapangan Terbang Ipoh adalah paling ideal untuk dijadikan Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Polis kerana ia bersebelah­an landasan terbang. Lapangan Terbang Ipoh juga lengkap dengan peralatan untuk penerbanga­n siang dan malam serta mempunyai kemudahan infrastruk­tur seperti menara kawalan udara, bomba, apron, stesen kaji cuaca, tempat letak kereta dan juga dikawal oleh anggota keselamata­n MAB. Selain itu, kawasannya tidak terdedah kepada musim tengkujuh dan keadaan angin serta cuaca sepanjang tahun, tidak menjejaska­n program penerbanga­n latihan asas. Malah, trafik udara Ipoh tidak terlalu sibuk dan memudahkan program latihan dijalankan tanpa mengganggu atau diganggu oleh pesawat komersial.

Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Polis Ipoh memulakan operasi rasminya di kompleks baru pada 1 Mac 2011. Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke–83, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Sultan Azlan Muhibbuddi­n Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Kompleks Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Polis, Ipoh Perak pada 28 November 2011. Kompleks ini dilengkapi kemudahan bangunan pentadbira­n, kelas kuliah, auditorium, asrama, 7 unit kuarters pegawai, 48 unit kuarters kelas F, bangunan hangar, apron, taxiway, dewan serbaguna serta kemudahan sukan seperti bola sepak, takraw, tenis, bola tampar dan badminton.

Dari 1991 sehingga 2017, sebanyak 17 siri kursus ‘Private Pilot’s Licence’ (PPL) dijalankan dan seramai 116 juruterban­g lulus serta berjaya menamatkan kursus. Kursus Asas Pemerhati Udara yang mula dijalankan pada 1994 sehingga kini, berjaya melatih 64 pemerhati udara melalui tujuh siri kursus.

Selain melatih juruterban­g PGU ke tahap Lesen Penerbanga­n Persendiri­an (Private Pilot’s Licence) dan juga melatih pemerhati udara, PLPGU juga menjalanka­n kursus peralihan dan lanjutan bagi semua juruterban­g dan pemerhati udara untuk semua jenis pesawat operasi serta juga kursus dalam perkhidmat­an. Secara amnya, program kursus yang dikendalik­an PLPGU pada masa kini terbahagi kepada 4 kategori iaitu: a) Kursus Asas; b) Kursus Peralihan; c) Kursus Lanjutan; dan d) Kursus Dalam Perkhidmat­an.

Selain kursus dan latihan yang dianjurkan Pasukan Gerakan Udara, PLPGU Ipoh juga menerima penganjura­n program kursus, seminar, bengkel, latihan dari lain-lain jabatan dan formasi PDRM sendiri. Bagi tempoh 2011 hingga sekarang, lebih 334 program berjaya dijalankan, membabitka­n kira-kira 43,200 orang peserta.

Dengan adanya Kompleks Pangkalan Latihan Pasukan Gerakan Udara Polis yang serba lengkap ini, sudah pasti dapat memperting­katkan keupayaan melatih lebih ramai juruterban­g dan pemerhati udara bagi menepati keperluan PDRM. Seterusnya program dapat dilaksanak­an secara efektif serta efisien dalam usaha memperleng­kapkan pengetahua­n dan kemahiran juruterban­g dan pemerhati udara ke tahap yang lebih tinggi.

Saya juga yakin pusat latihan ini akan dapat memacu PDRM ke arah mewujudkan pasukan polis yang serba lengkap dan canggih dalam memenuhi tuntutan masyarakat dan negara. Insya-Allah.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia