Harian Metro

‘Saya tak sanggup lihat taman ini ditutup’

-

Bukit Mertajam: “Saya tak sanggup melihat taman ini ditutup hanya bagi tujuan pembanguna­n,” kata Tan Ee Fang, 23, yang sering berkunjung ke Taman Burung Pulau Pinang, di Seberang Jaya, dekat sini.

Katanya, dia gemar ke taman berkenaan ekoran suasananya yang redup dan selesa dengan bunyi kicauan burung terdapat di situ.

“Ketika kecil saya sering datang ke sini bersama keluarga dan ia memang sentiasa bersih sama seperti sekarang walaupun terdapat beberapa pembaharua­n dilakukan.

“Kawasan sekitar taman ini dahulunya tidak seperti ini. Kini ia sudah membangun dengan beberapa bangunan baru dibina di sekeliling­nya,” katanya.

Tan berkata, dia risau dengan pembanguna­n yang terlalu pantas memberi kesan kepada taman berkenaan termasukla­h terpaksa ditutup demi memberi laluan kepada pembanguna­n kawasan itu.

“Saya berharap ia tidak berlaku kerana tiada lagi tempat lain seumpama ini di negara kita dan sayang jika generasi masa depan tidak dapat melihat spesies burung yang terdapat di sini,” katanya.

Menurutnya, dia datang dari Georgetown dan terkilan kerana perkhidmat­an pengangkut­an awam ke taman berkenaan begitu sukar.

Katanya, dia terpaksa berjalan lebih satu kilometer kerana hentian bas yang berdekatan dengan taman itu

“Taman burung ini satu kelebihan kepada negara kerana ia mampu menarik perhatian pelancong ke negara kita”

Tan Ee Fang

terletak di kawasan pusat bandar Sunway.

Tan berkata, bas tidak melalui kawasan taman berkenaan dan ia sedikit sebanyak menyukarka­n pelancong yang menggunaka­n pengangkut­an awam.

Menurutnya, dia baru saja selesai menuntut di sebuah kolej di luar negara dan melihat taman burung yang terdapat di sana setanding dengan apa yang terdapat di sini.

“Saya merasakan taman burung ini satu kelebihan kepada negara kerana ia mampu menarik perhatian pelancong ke negara kita.

“Malah, mereka boleh mendapat manfaat yang banyak ketika berada di sini,” katanya.

Tan berkata, tempoh masa tiga jam yang diperuntuk­kan ketika berada di situ tidak cukup kerana pelbagai perkara boleh dilakukan di samping melihat persembaha­n burung yang diadakan setiap hari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia