Harian Metro

Peniaga tak mengaku mencuri

-

Seorang peniaga bazar Ramadan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas pertuduhan mencuri beberapa barangan, bulan lalu.

Anek Hidayat Muskod, 44, bagaimanap­un mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Pendaftar Bonny Empoh yang bertindak sebagai Majistret.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mencuri pelbagai barangan termasuk beras, ikan bilis, telur, lobak, cili merah dan sepaket Milo yang bernilai RM499.50.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di pasar raya di Wangsa Maju, di sini, jam 10.45 malam, 10 Jun lalu.

Dakwaan dikemukaka­n mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Farith Muhd Faizal menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin manakala tertuduh tidak diwakili peguam merayu jaminan dikurangka­n.

Mahkamah kemudian membenarka­n tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia