Harian Metro

KUKUR 100 TAHUN

-

 Bekas pemain bola sepak himpun pemarut

kelapa berjasa kepada kehidupan manusia

Lain padang lain belalang, lain orang lain ragamnya. Demikianla­h kisahnya dengan seorang bekas pemain bola sepak pasukan semi pro Kelantan pada awal 90-an yang kini beralih kepada hobi mengumpul kukur kelapa antik atau lama.

Zulyadan Abdullah, 53, yang berasal dari Kelantan berkata, beliau mula berjinak-jinak dengan hobi mengumpul kukur kelapa empat tahun lalu kerana melihat jasa barangan itu kepada kehidupan manusia sebelum ini.

“Kukur kelapa digunakan masyarakat dulu untuk mengukur atau mendapatka­n isi kelapa seterusnya diambil santan dalam menyediaka­n makanan.

“Kukur ini ibarat barang yang banyak berjasa tetapi dilupakan begitu saja kerana ada peralatan moden,” katanya.

Beliau yang pernah berganding­an dengan Marko Kraljevic dalam satu pasukan berkata, sehingga kini dia memiliki 10 kukur lama atau dipanggil Koree dalam kalangan masyarakat Kelantan, sama ada yang diperbuat daripada kayu atau besi.

Bapa kepada empat anak itu berkata, beliau sanggup berkorban wang ringgit demi hobinya termasuk mencari di pasar menjual barangan lama atau menerusi kenalan.

“Saya tidak pernah rasa menyesal sebaliknya merasakan satu kepuasan apabila sesuatu barangan diminati dimiliki,” kata Zulyadan yang berhasrat membuat pameran kukur kelapa antik apabila koleksi bertambah banyak. Bercerita lanjut mengenai koleksi miliknya, beliau yang juga peniaga berkata, ada antara kukur kelapa dalam simpananny­a dianggar berusia 100 tahun berdasarka­n kepada corak pada badan peralatan itu.

“Ada koleksi saya temukan di Kampung Temelong, Lenggong ketika membersihk­an tanah yang dibeli. Kukur itu sangat unik, diperbuat daripada kayu dan berwarna hitam,” katanya. – BERNAMA

 ??  ?? ZULYADAN menunjukka­n koleksi kukur kelapa antik yang dimiliki.
ZULYADAN menunjukka­n koleksi kukur kelapa antik yang dimiliki.
 ??  ?? KOLEKSI kukur kelapa antik yang pernah digunakan masyarakat terdahulu.
KOLEKSI kukur kelapa antik yang pernah digunakan masyarakat terdahulu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia