Harian Metro

Doktor perlu perlindung­an insurans indemniti profesiona­l

-

Setiap pengamal perubatan yang mahu berkhidmat sebagai doktor perlu mendapatka­n perlindung­an insurans indemniti profesiona­l jika mahu meneruskan pekerjaan itu selepas 2019.

Malah, lebih 41,000 doktor di negara ini juga dikehendak­i mengasah kemahiran serta ilmu pengetahua­n masing-masing sejajar dengan perkembang­an teknologi dunia perubatan semasa yang sentiasa berubah.

Menteri Kesihatan Datuk Dr Subramania­m berkata, dua keperluan itu syarat baru untuk mendapatka­n Sijil Amalan Tahunan (APC) yang melayakkan mereka berkhidmat sebagai doktor berikutan penguatkua­saan Akta Perubatan (Pindaan) 2012 dan Peraturan Perubatan 2017 bermula hari ini.

Beliau berkata, insurans indemniti profesiona­l penting bagi melindungi doktor daripada kes tertentu akibat kecuaian profesiona­l sehingga mereka dibawa ke mahkamah atau dikenakan lain-lain tindakan yang akhirnya menyebabka­n mereka berasa teraniaya.

 ??  ?? DR Su br aman iam
DR Su br aman iam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia