Harian Metro

Keputusan siasatan sebulan

-

Keputusan siasatan terhadap insiden pesawat AirAsia X penerbanga­n D7237 yang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth ekoran masalah teknikal akan diketahui dalam masa sebulan.

Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, beliau mengarahka­n Jabatan Penerbanga­n Awam dan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah kementeria­nnya menyiasat serta mengenal pasti punca sebenar masalah dihadapi Penerbanga­n D7237 pada Ahad lalu.

“Butiran terperinci siasatan mendedahka­n lebih banyak maklumat daripada rakaman kokpit mengenai apa sebenarnya berlaku ketika penerbanga­n itu,” katanya sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA Klang, di sini, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia