Harian Metro

EDAR SEJUTA ERAMIN 5

- Muhammad Yusri Muzamir am@hmetro.com.my

Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan mengedar sejuta pil Eramin 5, dua minggu lalu.

Bagaimanap­un, tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan ke atasnya di depan Pendaftar Mahkamah Mohd Alif Abdul Aziz.

Mengikut pertuduhan, tertuduh, Shafiee Chin, 49, didakwa melakukan kesalahan itu di Kompleks Kargo

Malaysia Airlines di Lapangan Terbang Antarabang­sa Pulau Pinang (LTAPP), di sini, jam 4.30 petang, 18 Jun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Mohd Aliff kemudian mengarahka­n tertuduh tidak diikat jamin, selain menetapkan 21 Ogos ini bagi tarikh sebutan semula kes.

Kes dikendalik­an Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Karthy G Gasedev manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

 ??  ?? ANGGOTA kastam membawa Shafiee keluar dari mahkamah.
ANGGOTA kastam membawa Shafiee keluar dari mahkamah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia