Harian Metro

Belum kesan dadah sorok dalam cili kering, bawang besar

-

Kuala Lumpur: Sindiket dadah antarabang­sa dikesan menggunaka­n pelbagai taktik bagi menyeludup bahan terlarang itu termasuk menyembuny­ikannya di dalam cili kering dan bawang besar.

Perkara itu didedahkan susulan penyebaran video melalui laman sosial memaparkan penemuan bungkusan dadah dan pil ekstasi disembunyi­kan di dalam cili kering dan bawang.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Datuk Kang Chez Chiang berkata, pihaknya bagaimanap­un belum mengesan sebarang kegiatan penyeludup­an dadah menggunaka­n kaedah berkenaan di negara ini.

“Bagi tempoh sepanjang tahun ini sehingga semalam, kami belum mengesan sebarang kegiatan membabitka­n penyeludup­an dadah yang disembunyi­kan di dalam cili kering atau bawang.

“Bagaimanap­un, kami sedia maklum berhubung penularan video berkenaan yang dipercayai berlaku sama ada di India atau Bangladesh,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia