Harian Metro

GERABAK ‘TERCICIR’ LANDASAN

- Mohd Sabran Md Sani sab@hmetro.com.my

 Kakitangan KTMB ambil masa dua jam alih kereta api bawa simen tergelinci­r

Tempoh lebih dua jam diambil petugas Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi membaik pulih kedudukan gerabak kereta api kargo bermuatan simen yang tergelinci­r ketika melalui Kilometer 29.25 di Tanjung Langsat, Pasir Gudang di sini, semalam.

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat KTMB berkata, kejadian berlaku jam 12 tengah hari itu berpunca daripada tayar sebuah gerabak kereta api terkeluar dari laluannya mengakibat­kan kenderaan berkenaan tergelinci­r dari landasan. “Sebagai langkah keselamata­n, kerja pengalihan menggunaka­n kren mengambil masa dua jam dan selesai pada jam 2.10 petang.

“Pada masa sama, kami mendapat khidmat polis trafik untuk membantu melancarka­n aliran lalu lintas di lokasi berkenaan,” katanya ketika dihubungi bagi menjelaska­n situasi sebenar kejadian.

Menurutnya, ketika kejadian kenderaan berkenaan dikawal dua kakitangan dan tiada kecederaan dilaporkan.

Berikutan itu, KTMB turut memohon maaf atas kesulitan berlaku dan mengambil tindakan pantas dalam usaha menyelesai­kan masalah lalu lintas.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri Datuk Ayub Rahmat berkata, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada KTMB sebelum melawat lokasi kejadian.

“Ketika kejadian dua kru KTMB memandu kenderaan yang membawa muatan 31 gerabak dari Pelabuhan Johor menghala ke Skudai ,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, kerja pengalihan dilakukan sebelum gerabak itu dapat beroperasi semula seperti biasa.

 ??  ?? KEADAAN kereta api yang membawa simen tergelinci­r di Kilometer 29, Lebuhraya Pasir Gudang, semalam.
KEADAAN kereta api yang membawa simen tergelinci­r di Kilometer 29, Lebuhraya Pasir Gudang, semalam.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia