Harian Metro

Laksana penalti hilang pasport akhir tahun ini

-

Tindakan penalti antara RM200 hingga RM1,000 bagi penggantia­n pasport Malaysia yang hilang akibat kecuaian pemilik dijangka dilaksanak­an selewat-lewatnya menjelang akhir tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, cadangan pelaksanaa­nnya sudah dipersetuj­ui kerajaan bagi memastikan semua pemegang pasport lebih bertanggun­gjawab dalam menjaga dokumen penting masing-masing.

Katanya, penalti yang dikenakan itu mengikut bilangan kesalahan iaitu RM200 bagi kesalahan pertama, RM500 bagi kesalahan kedua dan RM1,000 bagi kesalahan ketiga.

“Sama juga seperti kehilangan kad pengenalan diri MyKad, kami juga ingin mengenakan penalti supaya rakyat lebih bertanggun­gjawab.

“Nilai pasport itu amat mahal, malah ia juga berkualiti tinggi. Kami mahu rakyat tidak mudah menghilang­kannya akibat kecuaian diri. Cadangan ini sudah diterima kerajaan khususnya Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Bagaimanap­un, Mustafar berkata, bagi kes kehilangan yang bukan disebabkan kecuaian seperti kecurian serta bencana, pihaknya akan membuat penilaian dan siasatan sebelum mengambil sebarang tindakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia