Harian Metro

PEROSAK MAJLIS

- Hazsyah Abdul Rahman hmkk@hmetro.com.my

 Lelaki mengamuk cuba bunuh diri di majlis perkahwina­n diselamatk­an PPM

Majlis perkahwina­n di Kampung Tanjung Batu, di sini, bertukar cemas apabila seorang lelaki cuba membunuh diri dengan meletakkan pisau di lehernya sebelum berjaya diselamatk­an anggota Pasukan Polis Marin (PPM) tengah hari semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, suspek lelaki berusia 25 tahun bagaimanap­un berjaya diselamatk­an anggota PPM Sandakan.

Menurut sumber, suspek berusia 25 tahun dikatakan dari Kampung Bahagia, di sini, berkunjung ke majlis kahwin di kampung berkenaan.

“Secara tiba-tiba, lelaki itu mengamuk lalu mengambil pisau dan cuba membunuh diri dengan meletakkan pisau itu di lehernya.

“Penduduk kampung dan beberapa ahli keluarga cuba memujuk mangsa sehingga hampir sejam namun gagal,” katanya di sini, semalam.

Sumber berkata, sejurus itu anggota PPM tiba di lokasi kejadian bagi membantu menenangka­n suspek apabila dihubungi penduduk kampung yang meminta bantuan kecemasan.

“Anggota PPM yang tiba berjaya memujuk lelaki itu tetapi ketika dipujuk dia terjatuh ke dalam bot akibat terkejut lalu bertindak agresif cuba mengelar lehernya sendiri.

“Berikutan itu, anggota PPM pantas terjun ke atas bot dan menyelamat­kannya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin ketika dihubungi mengesahka­n kejadian berkenaan.

“Suspek kemudian dibawa ke jeti PPM Sandakan lalu dihantar ke Hospital Duchess of Kent (HDOK) Sandakan untuk menerima rawatan,” katanya

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia